Pages

Friday, December 31, 2010

Terkadang

Gaduh kat FB memang best.
Rasa gerun tengok adegan sindir menyindir.
Kata mengata.
Keji mengeji.
*Alat kelamin* sungguh jejari dorang nih.
Perangai sekor sekor.
Kenapa tak nak buh status macam aku?
Bubuh la hari ini menari tiang...:P
Kalau nak komen banyak..* matilah attention seeker*
Yelah...sapa berani macam aku?
Dengan badan yang amatttlah montok berani mati keluar statement menari tiang??
Kau ada berani?
Atau pun berfantasi di status FB memakai stiletoes warna merah, haaahh ada?
In real life ade ker pakai kasut tumit tinggi cengitu?? Tak terpelecok??
Tak ke jalan bertatih pegang dinding takut salah bearing.

Bodohlah orang yang suka gaduh dan meluahkan perasaan kat FB tu.
Fine.
Silalah sebab tu wall ko..tapi perlukah segala carut maki tu di keluarkan?
It makes me think orang cemni ka jadik kawan.
Hari ini dia maki orang sana.
Esok kalau geramkan aku...tak pepasal aku pun kene.


Well..Aku pernah kene.
By someone I used to cared for.
It is a lesson.
One I paid a very high price for.
Itu bagi pihak aku lah.
Dari dia, rasanya dia pun sangat keciwa dengan aku.
So dia curahkan perasaan dia kat situ.
Tapi hingga ke saat ini..belum lagik lah aku mengeluarkan kat akata nista tentang dia.
For you yang I have hurt ( though without intention, I am sorry )
I never meant it to be this way.
Though I cried when I lost you, it is better this way.
So long my once-dear friend.
Aku bukanlah orang yang patut be your friend.
But I know I did with all my mights to be one.
Unfortunately, things didnt work out well, well like how you want it.
The misunderstandings.
The one I tried to tell u so hard.
Did I tried hard enough?
Maybe not.
Not to your standard.

Kalau tidak,kan..today I would have spent this year-end with you.
But I guess both of us has moved on.
You have forgotten me.

I wish u happiness.

Terkadang jadik kawan ni kita ingat kita buat yang terbaik.
Tapi bukan semua yang kita anggap kita buat tu, adalah terbaek dari ladang pada pandangan orang.
And I guess, kalau macam tu, biarkanlah.
Penting for diri sendiri sayang diri sendiri.
And by that not letting anyone makes u feel like u r worthless.
Ini pandangan aku jek.
Apa korang nak rasa, aku tak amik tahu.
Aku memang sangat selfish.

Aku tak amik pot sangat sebab kalau aku terlalu amik ati...aku yang sakit esok lusa.
The bigger your capacity to love, the bigger your capacity to feel the pain.

Maafkanlah aku bersikap macam ni.
Tak kiralah sapa.

Pada yang sudi nak berkawan, terima kasih sangat.
Aku harap terimalah aku apa adanya.
Aku adalah aku sebagaimana kau adalah engkau.

Pada yang beria ucapkan selamat tahun baru..aku senyum jek.
Aku tak ucap segala ucapan tu kerana..it is just another day.
The day will be new..but I think.. new should be replace with BETTER.
Ucapan jek tidak memadai.
Apa yang kita buat tu yang penting.

Tahun ni aku mencapai sasaran 65 peratus.
Not bad for a pemalas like me.
Actually I raih more than I thought I would.

I am giving myself a pat on my back.
* ada ke orang kesah?*
Tapi suka aku lah..ini blog aku.

To people in my life, thank You for being part of my life.

Otw home to Kingdom

Abang sayang abang di mana?
Hati risau mengenang dikau.
Abang sayang hatiku bimbang..
Lama ditinggal merantau..
Jauh jauh lah di mata di hati dekat lah sayang.

Adoiiiiiiiiiiiiiii....
Mak Piah rindu la wey.

Mak Piah rindukan kampung halaman.
Takde la apa masa balik.
But yes..I miss being surounded by my dysfunctional family members.
I miss Cik Nana.
I miss Cik Jo yang hari hari carik pasal.
I miss my kakak yang nonsense.
I miss my drama queen mother.
I miss my brothers.

Not much doing when I was home apart from melepak tak tentu pasal.
Like...duduk lepak baca newspaper, nak bitau nih baca suat kbr, tapi baca pasal Tok Uban kawin awek pramugari dari pat Mak Piah.
Berita lain ado??
Hik..well I dont like to read about orang eksiden.
Tinggalkan balu.
Or baca berita sedih sedih.
So cerita Tok Uban kawin awek hidung firaun is ok for me.
Eleh...cik Nana pun suker gak, kan Cik Nana,kan?

Terkadang rasa ralat, becoz I am never home.
Tapi rasanya it is better this way.
Kurang sikit persengketaan.
Keluarga mana yang tak bersengketa?
Tell me.. tell me.
Bukanlah bersengketa yg besar besaran.
Ala gaduh gaduh , cubit cubitan.. senggol senggolan.
And frankly I miss that.

Banyak rupanya Mak Piah ketinggalan.
Things that my sisters didnt tell me over the phone.
Things my niece convieniecely( camner eja ni aaaa?? I know ni salah) forget to inform me.

That is what being family is all about.
Nevertheless..I am thankful I am not around all the time.
Thankful sebab I dont have to deal will a lot of things yang I dont think I can handle well.
* giler selfish*
At the same time, sedih jugak..becoz I am not there just for the sake of being there.
* selfish sangatttttttttttt!*

I have come to realize.
After all this years, the distance between me and family has made me closer to them.
I guess, betullah distance makes the heart grew( ker grow ?) fonder.
Distance is my enemy, but stability is my ally.

But again, when FB, YM and skype is there...it is difficult to actually talk since we have chatted online so much.
Till I have nothing more to say in person.
I have met people whom I chatted to regularly online in person and I dont have anything to say.

Technology has taken the place of personal interactions and it has become ...errrr mechanical..and has lost it's personal touch.

And mak Piah telah menjadi seorang yg agak pendiam.

Wednesday, December 29, 2010

4-2

Pasal main bola facebook nyer status kacau bilau.
Kesian tengok betapa orang terlalu sensitif.
Sana sini tengok orang mengata.
Kutuk negara sini sana.
Orang dia lah best.
Orang dia lah bertamadun.
Hatta, yang tak pernah sentuh bola pun ikut sama.
Maki maki tak ngira sensitif nya isu yang disebut.
Yang bodohnya..tak ingat dlm FB dia ada org org dr negara yang disebut.
Maklumlah, Mak Piah kan kerja dengan org berbilang bangsa.

Orang yang main bola tu releks jek.
Tendang tendang bola.
Angkat angkat tangan.
Jatuh jatuh kat padang.

Tapi masa menet menet terakhir tu, Mak Piah ingat nak masuk lam toilet dan tak kuar untuk 15 menet, tau tau keluar toilet Malaysia dah menang.
Heheheh...kecut perut gak.
Tapi Mak Piah kuatkan semangat, tengok gak.
Masa Mak Piah gi tengok World Cup ritu, takdek la rasa maceng gitu..
Mungkin sebab Mak Piah 'terbakar' masa baca status satus di FB.
Seb bek kita menang.
Atau mungkinkah sebab negara tidak leh masuk world cup.

Dan...dalam meraikan kemenangan itu, MERAIKAN ye...:P
Mak Piah rasa Bambang Pamungkas tu ensem aaaaa.
Bergelora jiwa tengok.
Biasanya kalau orang meludah ludah nih Mak Piah bencik..tapi tengok Bambang Pamungkas meludah ludah, hati sudah cair la.
Gatal sungguh,kan???

Bambang Pamungkas, taste laaaa...ayooo.
Rasa macam nak peluk erat erat diagesel gesel sket nak pujuk sebab dia kalah.:P

Malam ni nak peluk bantal sambil himajin peluk Bambang Pamungkas.
Ahaks!!!

Saturday, December 25, 2010

Rindu

I miss Rambut Dawai.

Wednesday, December 22, 2010

Big is beautiful. lies we tell fat people to stop them from rioting

Hujan jek hari hari kalau petang petang.
Sejuk aaarrr.
Tak kuar umah.
Bila tak kuar umah, apakah aktiviti utama?
Ada lima huruf ye puan puan.

Teka kata hari ini ialah M_ _ _ _N.
Yang membawa maksud mentekedarahristik...

Ayooo.... nak kata membalas dendam sebab dah 15 bulan tak balik Malaysia.
Memang dah kuat makan, dah balik..apa lagik lah, kan?
Tak ke 5 pinggan belasahnya.

Tah apa yg salah dalam sistem metabolisme Mak Piah nih.
Mak Piah rasakan.. ada orang dah bomohkan Mak Piah punya metabolisme la.
Cium bau makanan jek pun dah gemuk :((
Apatah lagik bila Cik Nana pulak telah dengan murah hatinya menjemput Mak Piah menjadi food tester ( ker taster....? Memana yer...suka ati jek, janji faham maksud dia..)

Cuba sebut macam 'pukul berapa datuk harimau??"
Macam tu lah merdunya suara Cik nana mengucapkan,' dah lembut ke daging tu Mak Piah?'
Cik Nana memang berniat jahat dan mungkin jugak cik Nana yang membomohkan Mak Piah nyer metabolisme.
Haruslah dalam 800gram hirisan daging kari tu dijadikan bahan kajian kelembutan daging yang di masak.
Mecikkkkkkkkkkkk...

Selalu Mak Piah dengar orang cakap..alah makanlah..esok dah sakit bukan boleh makan dah yang sesedap nih.
Makanlah, toksah diet hari ni.

Cheeeebssss ok...masa bila Mak Piah pernah diet.

Betul Mak Piah pernah gigih minum teh herba orang kampung tapi bukan sebab nak diet atau toilet di umah cik Melan tu melerts..
TAPI sebab ..Mak Piah telah mendapat hadiah bikini baru.
Mampuslah kalau yang tukang kasik hadiah tu ada niat menyindir.
Mak Piah bercita cita hendak berbikini di tepian pantai.
nak bagi mat Salleh pepandang ahaks!! walaupun mak Piah tahu sangat matsalleh sangat suka yg itam...kulit tan. Mak Piah yellow. Sebijik ikan buntal. Demmmmm!

Pas tu ada ke pantai di bumi anbia??
Bersidai jugak Mak Piah dengan bikini itu di pool di dalam kompoun Mak Piah.
Ada matsalleh tengok.
Mat salleh pondringa..pun pondringa lah.
Lalu ke sesapa tengok ikan buntal kaler kuning??
Tidak yer.

Namun, mereka semua itu tidak tahu berapa lazatnya ikan buntal.
Masak asam pedas...yasalammmm...mau 5 pinggan bertambah.
Sedap sungguh.
Lagik sedap kalau ikan masin buntal..ohhhhh sungguhlah.
Kepada mereka mereka yang cakap 'haaaa...ikan buntal, kan beracun? Kang kau mati kang'
Well, my dear friends, I am the living proof ikan buntal itu tak mati kalau dimakan.
Ni apa motif meleret sampai ke promosi ikan buntal nih.......????
Apakah persamaan antara ikan buntal dan org yang berkulit kuning??
Kuning bukan jaundice yer...:P

Eeeeeeeeeee... tak paham!!!

Sunday, December 19, 2010

There comes a point when you have to realize you'll never be good enough for some people. The question is...is that your problem or theirs?

Saturday, December 18, 2010

Delivery Service

Mecikkkk arrr.
Orang kirim Mak Piah berbagai masa Mak Piah nak balik.
Kirim air liur lak tu.
Mak Piah tak kesah aaa.
Mak Piah faham.

Mak Piah pun hangkut lah dari bumi anbia.
Mak Piah sampai, Mak Piah dah bitau.
Wey... barang awak dah sampai.
Dia cakap ok.
Cakap lah Thank You.

Thank You jek la.
Amik barangnya kapan??

Ingat mak Piah buat delivery service ke?
Ada service door to door.
Cantik muka kau??
I have carried it all the way.

I went downtown to get your stuff.
Angkat lagik.
Balik umah.
Angkat lagik gi airport.
Pastu transit kat KL.
Angkat lagik.
Bawak balik umah.

Lagi sekali kena angkat, Malek Noor pun akan pikir Mak Piah ada cita cita nak jadi ahli bina badan wanita negara di usia senja ni.

Berat ok air zam zam tu.
Mana kurmanya lagi.
Mana nak kena bayar excess bagage nya lagik.
Some people are just unreasonable.
Mak Piah tak mintak duit pun for air zam zam.
For the kurma nabi.
Duit excess bagage.
Tak.
Hang kirim... hang mai amik la.
I left message kat inbox.
And u have my fon number.
Call me la.
Janganlah.

Dan hari ini menjelang kol doblas malam ni, Mak Piah declare, esok Mak Piah akan menghidangkan air zam zam itu kepada rakan dan taulan yang datang ke rumah.
Air zam zam akan dihidangkan dengan kurma ajwa.

Dan jangan sesapa lepas ni berani berani nak suruh Mak Piah belikan barang.
Maaf, saya sudah naik hantu.
Saya sudah malas tidak dihargai.

Sunday, December 12, 2010

Ohhh oohh balik kampung.

Mak Piah bersiaran dari kampung halaman.
Best worrrr..balik kampung.
Sejuk jek mata tengok ijau ijau... takde la nengok padang pasir seluas alam.
Sedap woooooorr makan makanan yang sesungguhnya dirindukan.

Yang tak best nyer..mata mata memandang.
Muka cam tak puas hati jek tengok Mak Piah.
Heyyyyyyyyyyyyyy... biarlah Mak Piah tak pakai bedak kat muka.
Biarlah Mak Piah jalan pakai siper jepun bunyik kepek kepek kepek kepek...
Biarlah, baju Mak Piah lusuh.
Lusuh lusuh pun, baju Mak Piah POLO tau...
Muahaahhahaha...

Jangan tanya bende pelik pelik boleh>?
Jangan tanya napa Mak Piah balik tak berlaki lagik.
Kau nak bagi laki kau kat Mak Piah ke???
Kalau laki kau kaya, macam laki Siti Nurhaliza boleh la....
Kalau laki kau kacak macam angkasawan tu...boleh...
Kalau tak, BOLEH BLAHHHHHHHHHHHHHHH....

Sakit kat mananya kalau Mak Piah tak berlaki lagik.
Dah Tuhan bagi kau berjodoh awal.
Kau leh tak bersyukur.
Toksah membanding bandingkan dengan Mak Piah.
Dah kau cantek... kau berlaki la...
Mak Piah tak cantek.
Mak Piah comel cam kungfu Panda jek.
Kalau Mak Piah tetiba melayan pandangan nafsu laki kau baru kau tahu.
Blueksssss...

Mak Piah tak bereta macam Mak Engku atau Mak Itam atau Kak Noor atau anak orang yang rumah tengah tu.
Janganlah.
Rezeki masing masing.
Mak Piah semekin.
Tak de rumah.
Balik pun balik umah kakak kakak jek.
Takde reta.

Mak Piah hanya ada budi bahasa jek..
budi bahasa ke kalau mencarut carut kat sini

Tak yah tanya gaji Mak Piah berapa, boleh???
Mak Piah tak pernah amik tahu gaji kau/anak kau berapa.
Mak Piah gembira jek kalau sesedara, jiran dan rakan taulan berkerja.

Ni kejap lagik kat Mak Piah yang semekin ni la datang mintak tolong.
OK...so U shut up!!!!!!!

Kang Mak Piah mendidih, ada yang kene sembur tak pasal.
Sekarang ni Mak Piah cuma senyummmmmm jek.
Esok lusa, Mak Piah tak janji.










Show all

Thursday, December 2, 2010

Buffet

Kenapa aaa...kalau gi makan buffet nak hambik makanan macam boleh abis semua yang diamik??
Perangai cam sial jek.

Sayang sayang buah kepayang

1)
Adalah rupa.
Adalah.
Tidaklah secantik bidadari.
Macam Mak Piah pernah tengok bidadari.

Manis raut wajahnya.
Lemah lembut.
Tapi, rela disiksa jiwa dan raga oleh bopren yang tidaklah sehensem mana pun.
Sen pun ada tak de jek.
Dalam hati Mak Piah, sayangnya kau ni.

Kalau Mak Piah la ya, kalau.....
Kalau nak terseksa dengan boipren, baik bopren tu ada 2 perkara, muka lawa, atau poket tebal.
Atleast kalau kene seksa jiwa raga, kita tahu yang menyeksa kita adalah muka yg lawa.
Atau dia ada duit..so he is allowed to be a brat.
Yes I know it sound errrrkkksss...but pikirlah

Maaf yer.. ini dah la muka tak lawa mana, menyeksa jiwa raga.
Tak hendak lah.
Tak lalu!!! ----( intonasi dia macam intonasi Mak Itam)

2)
Laki kat kampung.
Isteri gi merantau mencari rezeki.
Laki jaga anak.
Isteri hantar duit untuk perbelanjaan, since isteri dapat gaji lebih dr laki.
Laki amik duit buat joli joli ke pesta muda mudi.
Wahhhhhhhhhh.......
Isteri tahu tapi tahan sabar dengan perangai laki.
Sampai bila Yong?????

Hari hari makan nasik berlauk airmata.
Makan tetaplah makan,kan.
But how much more are you willing to take?
And how far would you go just to ensure your kids still have a father?
Blah jek la..
But it easier said than done.

There will be casualties of war.

Question is, are you one of them casualties?

Tuesday, November 30, 2010

Ayu sangat onboard

Seriously, I have nothing against gays.
I have FRIENDS who are very feminine.
They are nice people.
They cheer you up when you are down.
They are fun people to hang out with, kan Mak Engku kan???
Kawan kawan Mak Piah ramai yang Pondringa Kumaratunga ni...tapi bila kerja profesional la.

Tapi ni siap bekal tisu untuk lap peluh kat depan pintu masa boarding, sesambil libas rambut, agak agaklah wey.
Nak lap peluh tu gi la masuk toilet.
Ni takkkkkkkkkkkkkkkkk.... kat situ jugak dia nak lap peluh dia dengan jari melentik lentik.
Siap bekal tu dalam poket.
Dengan lip glos berwarna stroberi dari Nivea.
Hayoooooooooooooooooooo.....tak sanggup nyah!!!
Ni tak masuk lagik yang pakai foundation 2 inci bedak dua kati.
Bedak tabur, gak nya.
Mungkin jugak pakai bedak Jongsong macam Rambut Dawai.
Ngeh ngeh ngeh...

Passengers tengok naik meluat.
Tak dinafikan yang 'taste' kat adik adik memanglah gembira, tapi dlm 480 org passengers berapa kerat yg suka aksi aksi manja dan ayu, melibas rambut dan aksi melentik lentik kat kabin?
Ni pakai segak nih, kasut berkilat nih, tetiba cekak pinggang macam Nyonya Mansur.
Berlenggggggggggangggg lengggggggokkkk dalam kabin.
Kalau lenggang lenggok kau kerja laju tak per..ni dah la lembap, duk kuis kuis rambut dalam kabin masa serve passengers.
Geram tau.

" maaf, saya merasa terganggu dengan fringe awak yang macam pelakon drama korea itu"
Kechingggggggg!
Mak Piah keluar gunting dan kerat rambut berjuntai di tepi mata kanan. <--- ini hanyalah di dalam pikiran Mak Piah saja.

Dalam uniform, ingat tu.

Mak Engku tak macam ni kan???
Kak Noor pun tak.
Mak Itam pun tak.

Sunday, November 28, 2010

Semongkos Maggie Kari Meletup

Sesekali kene standby call up memang tak berapa best.
Tak sangka lak kene call up sebab esok I have a rostered flight.
Crew Movement bagi 15mins untuk siap.
I said I will go as fast as I can.
Yang dalam ertikata Mak Piah,Mak Piah akan berlenggang lenggang kobis.
Sempat kena rokok sebatang.
Pas tu belek belek periuk nasik kat dapur.
Pastu duk kejap.

Then call balik Crew Movement, am I still going for this flight?
" yes, you are."

Maaf Mak Piah adalah seorang yang blur.

Then Mak Piah masuk bilik air.
Mandi dengan sabun pemberian Cik Puan Wiggle, wongi laaaa...sesambil berangan...he he he
Then baru sesiap.
Pastu singgah dapur, bukak laci, nampak ada maggie curry meletup.
Apa yang meletupnya, sungguh Mak Piah tak paham.
Amik semongkos.
Sebelum tutup laci, nengok ada lak Maggie Asam..
Belasah aaa satu.
Hik hik.
Kut lah lapaq tetengah malam kang.
Ini adalah makanan penyelamat kebanyakan crew-crew berkebaya ijau supaya mereka mampu pakai beg luis butong dan kuaci.
Bukan la semua.
Mak Engku idaklah.... Mak Engku mampu.
Hak hak hak......tu yang Mak Engku meroyan bila gaji tak naik naik dari zaman Mak Engku rambut gombang Farah Fawcett ke rambut gerbang macam Adnan Abu Hassan sekarang lah, kan.

Tak sat, pick up sampai depan umah.
Driver tu punyalah ketuk my door, cam siyal jek.

Mak Piah bukak pintu dan jegil mater...OK I AM COMING!

Mak Piah sampai airport, nampak crew masih tunggu Mak Piah kat crew lounge,
Cisss!!!
Yelah yelah yelaaaaa...Mak Piah sampai jek "let's jom!"
Ada 10 min lagik nak departure..
Eeeeeeeeeeeeeeeee..

Saturday, November 27, 2010

Buah epal

Ok...bukanlah tiap kali Mak Piah tengok passengers bawak beg berat tu Mak Piah rasa nak humbankan beg dia.
Tidak.
Evil la jugak..tapi kekadang sayu pun ada.
Pernah Mak Piah tertengok apakah isi dalam beg plastik bertulis al-apa-mende-tah tu isi dia, epal ijau, buah oren, pisang..kesian lah pulak.
Terpikir pulak..alahai ya hajj...tak ke lebam buah buahan tu diangkut sana sini.
Berkepam dalam beg plastik tu?
Dah tak berapa nak elok by the time you reach your destination.
Kesian aaa..
Nak jek bagi fruits yang kat crew fruits trays tu.
Pisang dah abis ya hajj, crew berebut tadi.
Mak Piah pun tak dapat
Nak jek tanya...kat negara dorang susah nak dapat yer haj?

Dia teringatkan sedara dia ke dia nak makan masa tunggu orang jemput kat airport gaknya.
Mungkin kat negara dorang susah nak dapat eh?

Tah aaa..

please?

Tolonglah..
Tolonglah jangan bawak beg yang berat sampai nak roboh overhead lockers.
Tolonglah jangan bawak atas kapal.
Pi la check in.
Tolonglah bila ground staff mintak nak masukkan dalam kargo tu, kasik kat dia.
Sendiri pun tak larat nak angkat.
See, not every aircraft is equipped with large compartment space.
Mak Piah faham wey...nak bawak balik segala tok nenek balik kampung.
Agak agak lah wey.

Air zamzam tu check in la wey.
Toksah bawak naik kapal.

Stay in your seat when the rest of passengers are still boarding.
Please.
Masa tu la nak bertanya khabar dengan passengers yang lain.
Masa kat boarding area tadi buat apa aaa??
Lagi cepat semorang duduk, lagi cepat kita take off.
Jadik kuranglah delaynya.

Tolonglah bila masuk kapal, naik la satu family.
Jangan pisah pisah.
Kalau tetiba je kapal tu kene free seating, taklah kau menyusahkan diri dan orang lain sebab hendak duduk bersama.
Kalau tak dapat duduk sekali, tunggu next flight boleh???
Boleh???
Mungkin institusi kekeluargaan korang sangat kukuh...which makes me thinks tadi camner leh terpisah???
Dont crowd the boarding door tunggu sedara, handai dan taulan.
Nak tunggu sangat, tunggu kat luar pintu.
Jangan masuk dulu.
Do not disturb the boarding flow.
:P

Kang Mak Piah sambung.
Mak Piah nak gi belpez dulu.

Tuesday, November 23, 2010

Apakah

Umah gelap gulita.
Semua orang tengah tidur.
Penat balik flight.
Satu dari Marsailles, France.
Satu dari Madras, India.
Satu dari Tehran, Iran.

Best kan??
Mana nak dapat cara hidup cemni?
Kalau tak jadik anak anak kapal.
Pergi kerja ke benua berbeza, balik umah makan sesama.
Dah tak berapa nak sama sejak kejadian hempas menghempas cawan.
Hiks!
But overall, it is ok now.
Tiada kejadian kejadian aneh.

I guess because we sweep things under the carpet.
Nak berbahas pasal benda benda yang remeh temeh, rasanya tak patut.

Sekarang berbasa basi saja.
Sometimes I miss the days we were like family before.
Gurau gurau.
Main kejar kejar dalam rumah.
Main masak masak.
Then friends datang because our house is a 'family' house.

Tapi sekarang dah berbeza.
Now we are villamates.
I dont bother to ask if u are ok.
She dont bother to ask him how he is.
He doesnt care if she has eaten or not.
It seems ok.
From afar.
No, no conflicts or anything.
Things just wont go back to what it used to be.
Things will never go back to what it used to be.
It is not right, but it is ok.


******************************************************

I met a colleague at the operation center yesterday.
Since I arrived early in the operation center, I managed to sit down and relax before briefing.
Didnt visit the smoking room as usual.
Then, I met a guy I know.
He flirts as usual.
But being me, accustomized to this, I let it just passed.
I am not interested in him.
Not because he is not a looker, but I think he has dirt in his mind.
He tried to bed so many girls,before, and I know about it.
Muka dia tak lawa pun, tapi berangan casanova.
Kondifen sungguh!

To stop his flirtatious behaviour, though it is mere flirts, I asked about the gossip he has a girl.
He said the girls, girls ok, he befriended knows that is is just a HERE thing.
No way it is going anyway further than the kingdom.
He said..he made sure they know it.
I doubt that, but ok la...cakap la apa nak.
I am not interested pun.
But deep inside, I kesiankan bebudak pompuan yg diayat oleh dia.
He also mentioned, if he ever to settle down, it will be with his last girlfriend.
'She took care of me well.'
*sigh*
I cracked a smile.
Lelaki!
Nak jek rasa tunjal kepala dia, tapi dia belikan Mak Piah air kotak. gila senang nak dirasuah
So, Mak Piah senyum saja.

The latest girlfriend tu, selalu gak chat to me.
She is like head over heels over this celaks of a man.
How do I tell her, that the celaks is planning to marry another woman when the time come?
That this girl is just a passing-the-time kinda girl to him.
So tadi, girl ni tegur I kat YM.
Dia terus cakap semalam ada jumpa si Buaya Tuwa ya?
I jawab, yes.
Dia cakap, dia borak dengan Mak Piah. Si Buaya Tuwa cakap kita ni macam adik beradik.
I just typed, ha ah.
Tapi sebenarnya I cakap, dia simpan niat nak kawin dengan awek lama dia.
We went on chatting about normal things.

Hendak beritahu, memang la hendak.
But what good will does to me?
Bukan Mak Piah nak budak perempuan tu esok luka, tapi it is none of my bussines.
I learnt my lesson well, I guess.
Esok lusa, hendaknya jodohnya kuat, nikah ... tak ke Mak Piah yang jadik cam bangsat.
So I am getting my waterproof shoulder ready and firm here, should she ever need it.
Oh...btw, budak perempuan ni cakap, Si Buaya Tuwa hebat diranjang.
Hebat diranjang tidak semestinya membahagiakan dik oiii.
Tapi if it makes her happy, apa pun yang Mak Piah nak cakap kan.
Kang orang ingat Mak Piah dengkikan adegan adegan dorang pulak.

Tetiba, girl ni tanya, Mak Piah rasa dia ok ke untuk saya?
If she was sitting near me, I bet she can hear my heartbeat.
Mak Piah jawab, only you can answer that, because only you know how he treats you.
Mak Piah tanya, napa tanya macam tu?
Girl cakap, sebab housemates dia cakap he is not a good guy.
Oh girl...can u feel that your friends are concerned about you, sebab they all dengar cerita cerita yang tak baik pasal this guy when comes to women.
And mind you, her housemates are not the busybody type.
Mak Piah cakap, but you know kan? U are matured enough. Apa yang u rasa dengan apa yang u dengar, you yourself tau kebenarannya. Tengoklah. Seiring berjalannya waktu, you will find out, kan.
Girl jawab, yes. And thank you for not telling me to stop going out with him.
Mak Piah buat icon senyum.
Seb baik tak kata apa apa tentang Si Buaya Tua ni.

Hati Mak Piah berdoa budak ni sedar cepat atau lelaki ni berubah dan bersungguh sungguh in this relationship.

It is not right, but who am I to say which is right and which is wrong?

Sunday, November 21, 2010

Distance

Bibah adalah pompuan kuat walaupun cekeding dan cantik.
Cekeding tapi boleh tahan la juga mentekedarahristicnya.
Bibah adalah pompuan yang mengajar Mak Piah cara mengugut laki kalau hendak pergi ke shopping mall atau hendak menghadiri jamuan teh bersama kengkawan di kedai mamak.
Bibah cakap.
Amik pisau plastik..bubuh kat leher.
* nak pergi jugak..nak pergi*
Pun Bibah Porebar cakap, pastikan pisau plastik itu sangat tumpul.
Pastikan juga, tidak bergegerigi.
Dan tidak akan meninggalkan kesan.
Bibah...Bibah Selangit.
I so miss you.

Kenapa Bibah selangit?
Sebab Bibah sangat pandai menyanyi lagu Selangit oleh Amelina.
Siap buat aksi tongek tongek..
Mecikkkkkkk sangat...

Bibah,
I wish we can go back to those times.
Not the zaman kedana time, but to the time we can hang out at anytime.
But I guess everything comes with a price.
Nak zaman tu, kedana lah.
Nak tak kedana, distance is our enemy.
But stability is our ally.

Beginilah hidup sebagai anak rantau.
Mencarik rezeki di tanah asing.
It is natural to feel sad kalau di saat saat hari perayaan tak dapat bersama.
Tapi tu jek lah kan.
Kalau dekat, tak ke bergaduh jek jawabnya.
Bertelingkah dengan adik beradik.
Bertelingkah dengan kaum kerabat.

Tapi Mak Piah nak balik kitmes ni.
Dah lama tak balik.
Kalau balik, dapat la melepas rindu kat emak.
Emak melepas geram rindu.

Cuti tak tau, ntah dapat ntah tidak.
Harap dapatlah.
Bukan lama pun nak mintaknya.
2 minggu jek.
Takde luaknya.
Takde pun org tahu yg Mak Piah tak de.
Paling paling, org kat FB jek yg carik.

I knew what I signed up for.
But truth to be told, I am happy here.

Kat Mesia, susah nak carik kerja di usia usia senja ni.
Budak budak ada degree itu ini pun payah nak carik kerja.
Inikan pulak Mak Piah yg work experience hanyalah membuat kopi dan teh segera.

Di sinilah Mak Piah sehingga dikawini satu saat sudah tidak diperlukan lagik.

Wednesday, November 17, 2010

:-)

Open house semalam abis tah pukul berapa.
Orang datang tak kira masa.
Lapar jek datang ye, Cik Puan Wiggle?
Tak kira la tegur/bersosialisasi atau tak dengan tuan rumah, kan?
Ngeh ngeh ngeh.

Tah...raya kali ni tak rasa macam raya sudah sudah.
I dunno.
Maybe I know.

Kesian pulak dengar kengkawan baru je nak berehat penat beropen house, kene call up gi flight.
Tetiba jek ada extra flight di hari raya.
Meciikkk aaaa.

Ni ari dengan esok Mak Piah standby sampai pukul 7 petang kang.
Nak doa ke janganlah ada extra flight.
Mak Piah nak duk umah.
Nak makan lagik rendang ayam marbeles Cik Puan Wiggle.

Dapat ketupat palas instant semalam, gembiranya.
Ok apalah ketupat palas pun gembira.
Walaupun instant jek.
*to sapa yang bawak semalam, thank U*
Mak Piah yang bagi perabih.
Golek golekkan ketupat tu kat serunding yang kaler woren tu.
Serunding apa aaa tu semalam.
Rasa cam pulut panggang lak.
Ok aaaa ...

Well, macam ni la.
Kalau tak duk Mesia, apa pun sedap.
Hatta makan maggie curry tu pun adalah satu rahmat.
Dapat kicap cap kipas udang pun rahmat.
Agaknya betullah pepatah(?) orang kata distance made the heart goes fonder.
Pun jugak, Mak Piah pikir distance makes the heart wants to fondle others

Semalam sebelum tidur, Mak Piah dapat email.
Dari kawan lama.
Kelakar.
Tahapapa.

Ermmm... cuti sekolah dah start.
Cuti Mak Piah dah dekat.
Mak Piah balik bulan doblas ni.
Harap dapat balik.
Nak amik IC baru Mak Piah.

Tuesday, November 16, 2010

Eid Mubarak

Mak Piah ucapkan selamat hari raya kepada para pembaca* ahaks! berangan ada pembaca.


Mak Piah tahu kalau buat open house ni sangat penat.
I salute those who has worked hard to make it happen.
Thank You Cik Puan Wiggle.
The rendang was lovely.
The cake yg tak ropa tu sangat la sedap.

Ramai yg datang.
Was fun.
Should do this more often.
Nak buat kat umah sapa lak next?

Umah Mak Piah nak buat bbq.
Tengoklah keadaan politik di rumah.
Kalau dah reda esok kempen pilihanraya" sapa yg best", mungkin Mak Piah organize.
Muahahaha.

Sunday, November 14, 2010

I mecikk u RENTUNG!

Saturday, November 13, 2010

How are you

i)

Tak faham.
Why some people private message u and then ask how is this person, that person.
When we have the 194 mutual friends in FB.

Ask me how am I.
I can tell you.
And make sure you wait for my answer.
Because I think t is rude to ask a person how are you and dont wait for their reply.
If you are busy, say I am busy.
Just wanna say hello.

Ni tidak.
Hai.
Then Si X , Si Y Si Z apa khabar?
Kepekkkkkkkkkkkkkkk lu la...
Mak Piah jawab senang jek.

Leave a message on their walls la.

ii)

Orang Benggong : Hello.

MP : Ello. H ru?
OB : Fine. Thanks.
Ko tak keje ke.
MP : X.
OB : Hari hari lepak fb
MP : Fb tu saja on. Kut my family nak chat.
Buat gak mende lain.
Baca buku online.
Gi swimming.
Gi Mall.
Jenjalan.
Gi masak.
Makan.
OB : Main.
MP : X la. Selama kita kawan bila kau pernah dengar aku main?
OB : alahhhh selalu.
MP : Heheh then U dont know me la.
Go offline.

Cheeebssssssssssssssss la.
Apahal lu mamat???
Aku bukan macam gefren kau la.
Suka telur ko jek nak kata aku main.
Cheebsssssssssssssssss..cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeebsss.

* nak gi minum air kelapa jap, nak sejukkan ati*

Friday, November 12, 2010

Hati yang luka

Cik Puan Wiggle datang umah.
Bukan datang nak buat adegan serang-menyerang macam kes jiran sebelah bebaru ni.
Datang nak bertanya khabar.
Gembira.
Yelah Mak Piah kan mana ada orang datang melawat.
Lalat pun tak mahu datang, kata orang tu.
Uweks.
Dorang tatau, kalau datang, Mak Piah suh Rambut Dawai buat teh Roibos dari Sosaprika.

Mak Piah memang tak banyak jumpa orang.
Jumpa orang hanya bila gi kerja.
Atau masa Mak Piah fefeeling BIJET BEJEDOT gi mandi swimming pool.
Seksa jugak mata yang ternampak Mak Piah pakai bikini.
Kaki kecik bak tiang seri.
Bahagian lain..nak cete, tak nak pulak Cik Puan Wiggle berenti membaca blog ni.

Mak Piah ada kawan.
Lama Mak Piah kawan dengan dia.
Makan tahun jugak lah.
Kawan yang pernah tolong Mak Piah masa Mak Piah susah.
Pernah bawak Mak Piah gi minum minum arak masa tekak Mak Piah haus.

Kawan baik aaa..
Dah macam sedara.
Takut Mak Piah nak keluarkan statement statement segini.
Mak Piah selalu jinx la.
Dah cakap macam tu, then ilang kawan tu.

Mak Piah terasa hati sebernarnya.
Sebab tu Mak Piah menjauh.
Bergenang pulak mata Mak Piah tulis ni.

Ari tu, Mak Piah ada problem aa.
Dia dengar sekerat, dah tukar topik.
Mak Piah cakap banyak sangat kut.
Yelah, ati tengah panas.
Dia bosan la gaknya.
Dia tukar topik tu, Mak Piah terus bangun dan hati sudah luka la.
I just need to vent it out la.
Tak nak dengar, jangan sesekali tanya.
Kalau tanya, siapkanlah telinga dengar I vent out my frustrations and anger.
Kalau tak,I will sleep with anger.
Kendian look back in anger.
(Apa kene ngenanya, Mak Piah sendiri tak faham..:P)

Pasal kan, orang bercerita menda tak betul pasal Mak Piah.
He should know me better la.
And defend me.
Like what I would do for him.
Tak penting betul ke salah.
Yang penting, people know You are my friend.
Itu jek.
Pastu kita settle dua la.
Nak memarah marah lah.
Kalau Mak Piah salah, marah pun tak per.
Carut barang sebakul dua pun ok.

Masa dia nak ngadu apajadah sekalipun Mak Piah dengar.
No matter how silly it sounds.
I am there.
Always.
Walaupun dalam ati Mak Piah berperang dengan perasaan.
Nak cekik ke nak nangis atau nak muntah ijau, biru dan cekelat dengar cerita dia.

I sent him sms.
* I just need EMPATHY*
Dia balas.
*Yes,Mak Piah.But what is around us is apathy.Neway,jom makan capati.*

Masa tu, air mata dah bergenang.
I am a cry baby, ok?

Mak Piah reply dia.
*and you missed my cry for help.*

Then I didnt charge my phone.
I just let it went dead.
Ada seminggu.

Ada dia hantar Mak Piah sms lagik pas tu.
Mak Piah diam sebab Mak Piah takde duit nak balas.
Dia hantar lagik.
Mak Piah diam.
Ada buat mi kat umah.
Teringat kat dia.
He would love it.
Mak Piah hantar kat dia jugak.
He said thanks.
Mak Piah diam lagi pas cakap welcome.

Ada sekali je dia sms hantar, Mak Piah balas.
Mak Piah cakap Mak Piah akan jumpa dia kendian kendian.
Tapi Mak Piah tak nak sebernarnya.
Mak Piah dah tawar hati.
Payah,kan.

Dia hantar sms, tanya Mak Piah nak apa hadiah harijadi.
Mak Piah cakap tak pikir lagi nak apa.
Will tell you when I think of something.
Dalam ati Mak Piah cakap, I just need your ear that time.
AT THAT TIME when I think everyone hates me.
Now I think, I will call u only when I AM HAPPY.
Other than that, NO.

Tengoklah esok lusa.
Tapi rasanya ni lambat lagik.

Because I know, I will not do what he did.

Fill in the blank.

How fast can u guess these words?
1) BOO_S

2)_ _ NDOM

3)F_ _ K

4)P_N_S

5)PU_S_

6)S_X

I bet your answers are all filthy.
You dirty minded, people.

Thursday, November 11, 2010

Itu budak jahat.

Crew 1 : arghhhh...the L4X is slow.
Mak Piah : It's ok. He is new. Did you speak to him about it?
Crew 1 : No.
Mak Piah : Dont tell me la. Tell him. I can see anyway.
Crew 1 : Yeah. Can u talk to him?
Mak Piah : cheeeebssss la. Then you look like an angel and I be the bi@CH?
Crew 1 : It's ok. U r doing good for all of us.
Mak Piah : Siyal la kau. For us? You meant for YOU? No I am going to talk to him about something else!
Cheebssss... cheeeeebs sangats.

Mak Piah : Don't open the lock for the toilet in front of passengers
L4X : I know. I know.
Mak Piah : Next time, dont answer me I know I know.
L4X : I know.
Mak Piah : Just say Thank You,ok? It will help u in the future. Even u already know.
L4X : Ok. ( muka masam ) Are you angry with me?
Mak Piah : Nope. I am telling u.
L4X : You look angry.
Mak Piah : I am not. This is my face.
L4X : Thank You.

Celakssssssssssssssssssss.

Crew 1 : You are a b!@cTH.
Mak Piah : If I am b!@cTH because I correct him, so be it! I am not a hypocrite like you.( masa ni Mak Piah jegil mata) Wanting to be an angel but talks behind his back. Who is the bigger b!@tCH?
Crew 1 : * pengsan*
Padan muka.

Kata ko tactful, apa lanchhhhhhh la kan.
Gi la tactful.
Gi la cakap.
Kenapa ko tak buat?
Sebab kau S I @ L, kan?

Mak Piah la jahat.
Mak Piah la b!@cTH.
Ok je.
Mak Piah tak kesah.
Tak mati dek keji.

Ni la masalah di mana mana.
Cakap depan kat orang tak mau.
Kat belakang complain sana sini.
Complain kat aku.
Siap la.


**********************************************************************
Siapakah : Mak Piah! Mak Piah!

Mak Piah : Ko nak apa??? ( meninggikan suara )

Siapakah : Ratu cantik kata nak pindah rumah.

Mak Piah : Ha ada dia cakap kat Rambut Dawai.

Siapakah : Ratu Cantik kata dia nak pindah sebab tak nak terlibat dengan masalah masalah kat umah ko.

Cib@@@@@@@!!!! la.
Ratu cantik nak pindah sebab nak duduk dekat dengan boifren dia.
Cakap jek la nak duduk dekat boifren kau.
Tak yah nak guna alasan umah ada masalah.

Apa masalah rumah Mak Piah pulak?
Dah sah sah masalah 3 lembaga yg muncul di malam hari tu puncanya dia.
Tapi dah settle dah.
Ratu Cantik dengan Rambut dawai dah ok.
Tapi masa dia cakap nak pindah ke Rambut Dawai, masa tu tak jadik lagik.
Ok?

Ini satu hal lagik yang Mak Piah nak meroyan.
Orang keliling akan mengata Mak Piah lah puncanya.
Mak Piah yang jahat.

Tapi this time I will handle this differently.
Watch me!

Wednesday, November 10, 2010

Mesti dia suka

Mak Piah boring la.
Mak Piah main fb.
Mak Piah baca segala status.
Macam macam status orang.

Ada yang Mak Piah gumbira membacanya.
Ada yang buat Mak Piah rasa cam insaf.
Ada yang buat Mak nak pengsan.
Ada yang buat Mak Piah nak gi ketuk umah orang tu dan cakap "Pordahhhhhhhhhhh!"
Ada yang buat Mak Piah nak tumbuk dinding sebab bahasa sasteranya sungguh tinggi.
Terkebil kebil Mak Piah nak faham.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Ada satu worang yang dalam Fb Mak Piah, Mak Piah mesti gi baca.
Status dia sangat la mencikkklahhhhhh-tapi-mesti-nak kene-baca.
Pastu Mak Piah mesti gelak kuat kuat.
Bukan kelakar pun.
Tapi tahhh...Mak Piah mesti rasa cam geli hati baca status dia.
Jahat Mak Piah ni tau.
Cik Puan XYZ pun pembaca setia status dia,kan Cik Puan XYZ?

Dia selalu tulis pasal suami dia sayang dia.
Ngeh ngeh ngeh.
Mecik aaaa

Mak Piah jeles ker?

'"Kasi surprise sket kat dia, tadi dia tanya masak apa, i cakap tak masak, malas....makan lauk semalam jer. Hubby cakap...ok tak pe, lauk semalam pun sedap jugak...huhu, cian dia. Tak pe, balik lunch nanti mesti dia terkesima dgn Ikan Setimmm i....awwwwww !!


Suka dak status dia?.
Suka la please.
Please.

Mak Piah suka this person la.
Dia sangat baik.
Dia sangat lawa.
Dia tak mendengki.
I know her personally.
She is one of a kind.

Tapi tang status tu, Mak Piah tak leh tahannnnnnn.
Kalaulah kan, pada satu saat, dia terbaca blog Mak Piah ni, Mak Piah menyusun sepuluh jari.
Ampunkanlah Mak Piah.
Jangan delete Mak Piah.

Mak Piah akan buat aksi tangan silang pegang telinga, naik turun naik turun.

Tuesday, November 9, 2010

Update sekerat (part i)

Memastikan Keselamatan Penumpang.
Mak Piah dan rakan rakan sejawat pergi training tau.
Mak Piah peluh peluh idung jugak masa jawab soklan soklan safety.
Tapi Mak Piah terer.
Mak Piah duduk dekat kengkawan yang Mak Piah lagik terer.
Leh Mak Piah buat buat sakit leher, kalau menemui soklan buntu.

Jadik, disebabkan Mak Piah diajar, walaupun tersenguk senguk menahan ngantuk dalam kelas, hormatlah kegigihan Mak Piah dan rakan sejawat belajar dan mentelaah buku safety.
Orang sering menganggap peraturan di dalam pesawat itu mengganggu, tapi sebenarnya ada alasan di balik setiap aturan tersebut, iatu menjaga keselamatan anda sebagai penumpang.
Bukan Mak Piah dan rakan rakan hendak menjadik pemerintahan kuku besi.
Tu Mak Piah buat kat PH sorangggggggg jek.
Kat orang lain, Mak Piah tak buat.
Betul, Mak Piah tak...ngeh ngeh ngeh.
Jadik, kalau kat dalam kapal, seatbelt sign on, pakai lah.
Kang Mak Piah lalu, Mak Piah jegil mata, kau jangan marah.
Bukan Mak Piah yang suruh.
Kapten yang suruh.
Kang melambung, buat nyer benjol kat kepala kau, sapa nak kene buat cold compress??
Mak Piah dan kengkawan sejawat la kene.
Kalau Mak Piah tekan kuat kuat kau jangan nak mengaduh, faham.
Ini adalah balas dendam.

Berkerjasama sangatlah akan menyenangkan hidup anda diatas pesawat.
Kerjasama para penumpang amatla dihargai.
Terutama waktu boarding, sebab banyaknya reta benda keduniaan yang korang hangkut.
Itu semua daki dunia dan pengumpul debu debu.
Kalau nak belikan sourvenir untuk segala kerabat korang..belilah fridge magnet, keychain ke.
Jangan beli stimrol pastu nak sumbat dalam ruang penyimpanan diatas atau dibawah kerusi dihadapan anda.
Carik bala tau!
Cubalah masa kau naik pesawat tu, pikirkan orang lain jugak.
Jangan boh jek beg ko tu.
Susunla bangganggggggg!
Dah campak jek kat dlm overhead lockers tu, pastu jejengah.
Apa yang kau jengah???
Masa ko jejengah overhead lockers tu, kau dah block boarding nyer flow.
Berdirilah kat ruang antara kerusi ko dengan kerusi depan.
Mak Piah tak faham mende yang syoknye bergesel gesel.
Naik syahwat tak?
Tak nak susun, kau check in la.
Biar loaders kat bawah tu baling baling beg ko

Kapal terbang bukan restoren udara.
Ingatla, kapal terbang bukan pat ko nak fine dinning.
Nak fine dinning gi la ke restoren yang menawarkan penyajian bertaraf lima bintang.
Tak pun ko tengoklah food channel, kat situ dia bitau kat mana ada fine dinning nyer restaurant.
Kalau tak ko tunggu la Maria Tuanku Sabri bitau ko dalam Rancangan Jalan Jalan Carik Makan.
Kang kau berangan sangat, kau jumpalah pengacara Jalan Jalan Carik Pasal pulak atas kapal.
Mintak yang bebukan, haruslah kene jawab dengan senyuman semanis hempedu, ini seben-fo-seben,bukan seben-eleben, ok elepen?

Ucapan terima kasih dan please
Ini akan membuatkan Mak Piah meroyan...jadik baik Mak Piah berenti seketika.

Ini rumah saya

Mak Piah ngah tidur.
Mak Piah dengar kecoh kecoh.
Mak Piah tarik selimut.
Mak Piah cakap dalam hati, korang ni napa setannnnnnnnnnnnnnn?
Tetiba, adegan itu masuk dalam bilik Mak Piah yg gelap gelita.
Muncul 3 lembaga kat bilik Mak Piah.
Tiga lembaga itu ialah Si Do, Si Re dan si Mi.
(bukan nama sebenar.)
Mak Piah terus lompat.
Mak Piah penakut.
Mak Piah suruh dua orang keluar bilik.
Satu, Mak Piah suh duk lam gelap gulita dengan Mak Piah.
Mak Piah pandang cermin.
'Lawa gak aku neh dalam gelap'
Tapi tak cakap kekuat, nanti tak pepasal lak.

Mak Piah tarik selimut balik.
Hati Mak Piah tak senang.
Takut pulak dalam Mak Piah tidur, hendaknya dia naik hangin.
Tak pepasal Mak Piah dijumpai kejung pada esok pagi.
Mak Piah kan penakut.
Mak Piah tak nak jadik tajuk utama Arabs News.
An expatriate found dead in her bedroom.
Ngeri kan, cik Nana.
Mak Piah pun amik computer dan update FB.
Mak Piah amik komputer dak yang ngamuk.
Mak Piah cakap, updatelah FB.
Mak Piah suh pasang lagu arab yang penyanyinya sungguh menaikkan nafsu.
Sekalipun dalam keadaan marah, Mak Piah tahu Si mengamuk ni tetapppppp miang.
Riang sungguh hati kami mendengar sambil menelan liur melihat kehenseman penyanyi itu.
Pandai tak Mak Piah mententeramkan keadaan yang tegang.
Mak Piah pandai kan....???
Kembang kempis dadaku.
Mak Piah cakap ensem la penyanyi ni, nama apa?
Dalam ati kecik Mak Piah berbisik, kau tergodalah dengan penyanyi tu...lupakan amarah mu seketika.
Aaaaaaaaaahhhhh.
Tapiiiii Mak Piah tetap cuak ok. CUAK dengan huruf besar.

Mak Piah masuk dalam selimut, Mak Piah cakap "gi la tidur. Penatkan, baru balik flight"
Si Mi tanya "mana remote ekon"
Mak Piah bagi remote.
Mungkin kalau pasang aircon, leh sejuk sikit bara yang membara.
Mak Piah gi duduk kat hall.
Mak Piah tak suka ekon, nanti muka kering.

Mak Piah duk luar.
Si Re cakap " Re gurau jek cakap yang kepak ayam goreng tu saya dan Si Do punya Sebab si Mi tarik dari Re,amik ayam. Tau tau Si Mi terus mengamuk"
Mak Piah jawab, "kalau Re jadik Si Mi, Re marah tak kalau Si Mi cakap kat Re macam tu? Katalah Si Mi gurau, dan Re masa tu dalam keadan lapar dan penat balik flight"

Pastu Mak Piah lapar.
Mak Piah belasah buah mangga.
Tengok jam, pukul 2 pagi.
Gasaklah.

Pukul 3.
Mak Piah gi dapur nak amik air sejuk.
Mak Piah nampak nasik.
Mak Piah amik ikan tenggiri.
Mak Piah goreng di tengah malam buta tu.
Kendian Mak Piah bukak oven.
Mak Piah nampak kepak ayam goreng yang jadik sebab kejadian perkara.
Mak Piah sengeh.
Mak Piah cakap dalam hati "esok matilah ko tiga orang"

Si Do balik.
Si Do keluar gaknya nak amik angin pas mengamuk dan diamuk.
Elok jugak.
Mak Piah duduk layan internet.
Si Do duduk depan Mak Piah.
Mak Piah usik dia balik dating.
Dia jawab heheheh dan kami berbahasa basi.
Then dedua diam.
Tak kata apa.
Mak Piah pun tak kata apa.
Kan Mak Piah penakut.
Pastu, Si Do masuk bilik.
Mak Piah cakap goodnite.
Si Do cakap goodnite jugak.

Mak Piah bangun awal.
Mak Piah masak kari ikan.

Si Mi bangun pagi.
Si Mi buatkan kopi untuk Mak Piah.
Si Mi pandang Mak Piah.

"Mi tak kata apa masa Si Re cakap tu dia dengan Si Do punya ayam. Mi kecik ati la. Mi diam. Mi taruk la balik ayam tu. Mi bangun nak gi goreng telur nak makan nasik lagik.
Si Do ikut Mi gi dapur. Si Do cakap, ini Do masak, makanlah. Ni Do bagi Mi. bla bla bla. Mi cakap Mi nak masak telur. Si Do gi hall. Kedengangggggg!!! Si Do hentak barang. Si Do menjerit, Mi tak dengar tapi Mi terus geram...Mi jeritlah balik. Mi tak kesah pasal apa Si Re cakap. Tapi Si Do hentak barang tu yang buat Mi naik hantu. Mi pun hentak jugaklah. Kalau dia tak baut cemtu, mesti Mi tak hentak hentak"
Mak Piah cakap " gi basuh periuk"

Mak Piah tak leh menyebelahi mana mana pihak.
So sekang Si Mi cakap, kita share dua.
Si Re dan Si Do dorang share dua.
Sekang kita kuah asing asing.

Mak Piah ok jek.
Sebab Mak Piah dengan Si Mi kuat makan.

Sila lah memberi pendapat, ya kengkawan.
Mak Piah buntu.
Mak Piah nak fridge baru.
Ngeh ngeh ngeh.

Saturday, November 6, 2010

Tagged

1. How many times have you been in love?
a) cinta syok sendiri...bertime time. Ini termasuklah cinta kepada Rashid Sidek, anda dipersilakan ketawa terbahak bahak, ok. Sumpah! Aku pun tatau napa dia ni.We cant choose who we fall in love with laaa.... Louis Koo Tin Lok, haaaa tengok lagik cerita cina kul 6 tu, ni la jadik dia. Marc Anthony laki J-Lo dalam video clip I need to know. Sexayyyy!!! woot !! woot!!, tak habis menjawab tag ni la kalau aku asyik listkan nama nama jantan yang aku gilakan dalam diam. Saiko sangats.

b) cinta yo yo oh adalah 5 worang. gatal sangat And now PH. Esok lusa lom tau lagik. Selagi belum bersaksi di depan Tuhan dan manusia. Kira ok la kan?

2. 3 songs that make you remind of him?
a)Lagu Alicia Keys - yang ada sebut No one, no one. tu...aku tatau la apa tajuk dia.
b) Sumi Jelly manis...sumi jelly manis...rasa sedap agar agar buah. Napa aku pakai aku pun tatau. Celakssssssssssssss...
c) ra ra ra ra ra ooooh la laaaaa bad romance...

3. What is the romantic thing that you do for him, or he do for you?
Dari aku la selalu nyer adalah middle finger. Dari dia, selalu buat aku memiddle fingerkan dia. Dia pernah cakap aaa..I know we have problem when I dont get the middle finger. Romantik tak??? Gile saiko aku ni...dan PH pun sama saiko nyer.

4. 3 nicknames he uses to call you?
a) psychopath- bila dia rindu tapi tak ngaku.
b) Piah- bila dalam uniform, ikut nama kat nametag arrr
c) Monyet- bila aku terkantoi melakukan penyelewengan.

5. List 3 places you go with him?
a)Bangkok, hopefully Dec ni. Dia nak tengok tarian tiang dan tarian rimau. Aku nak tengok muka dia masa dia tengok tarian tarian tu semua. Ada sedikit kegusaran jek..kita balik naik flight lain lain.


6. What is the best memories with him?
Aku tengah naik hantu, dia telah memujuk aku dengan menari tarian Elvis Presley. Aku serta merta baik dalam hati nyumpah macam nak giler sebab dia ugut nak buat pulak aksi Micheal Jackson di khalayak ramai tu. Lari setempat pun fail, nak menari. Blahhhhh laaaa.

7. What is his birthday, if you remember?
Seperti hampir kesemua pacar pacar saya yang lain, harijadinya jatuh pada tarikh yang sama. Sungguh aku takkan lupa. kalau dah 4 org berday sama, takkan leh lupa yer dak?

8. List gifts from him that you like?
Aku seorang perempuan yang materialistik.

9. How you declare your love to him, or how you accept his love?
Dia tulis kat napkin yang aku serve dia. Dia tulis u r ugly. Aku balas dengan menulis "poisoned" kat napkin pelapik dua cawan plastik yg aku serve dia minum. Tersedak dia masa abis minum. Sebab note tu cuma leh baca pas air tu dah minum abis.

10. How long you take to forget him?
Tengok degree kebanggangan dia. Atau kebanggangan aku. Rasanya kebanggangan aku lebih terserlah.

11. What is his physical part that you like about him?
Semua org pun ada rupa. Aku jek yang tak berupa. Tapi aku suka sebab dia bayar semua denganbaik hatinya dan muka tak seganlah kalau bawak aku shopping jalan.

12. What is he doing right now?
Baru bangun tidur. Dan mengkomplen dekat aku semalam he missed the party because of too much flying. Nyampah aku..dia tak gembira tak gi party Diwali...sapa yg dia nak sangat tengok pakai sari tu aaaaa sapa???? sapa?????? Meh aku nak check sapa yang gi diwali party semalam. Siap kauuuu!

13. Have you contact him(ex) when you with your partner?
Yes. Ada list dia bagi..yang dia tak bagik aku kawan or ada hubungan sulit atau tak sulit selain dari upacara kerja. Yang lain dia tak kesah pun. Dia kata apa nak takut. Dorang semua bukan leh buat aku marah dan gelak gila babas dalam masa yang sama. Dia saiko ok?? Saiko giler, kurang sikit jek dari aku.

14. Have you done something inappropriate with him(ex) before.
erkkkk..inappriopriate ni ialah...apa aaa..if I dunno, means I didnt do it. Ngeh ngeh ngeh....

15. Did you go out with him(ex), without been known by your partner?
La....* stail arab. Buat bunyik tsk tsk tsk tu dan gerakkan kan jari telunjuk siap.
Esok lusa tatau lagik ya.Wahhhhhhhhhhhhhh...Biasanya aku bitau semua, biasanya la kan. Ada gak beberapa kes kes terpencil.

16. 2 things from him(ex) that you keep, without been known by your partner?
He don't want to know. Satu anak hanjing yang aku kasik Cik Mimi peluk masa tidur. Satu lagik wallet yang aku masih pakai after 15tahun. I am sentiMENTAL ok?? With capital M E N T A L.

17. Do you think your relationship with him(ex) is hotter than with your partner?
Tah...hot temper banyak.

18. Do you hide something in your mobile phone from your partner?
Nope. Dia tak faham bahasa melayu atau segala bahasa yang aku faham..dan aku tak faham bahasa dia. So it is good.

19. Have you cheated or try to cheat your partner?
Erkkkk....nak hantar laundary uniform semalam. ciao....

Kejiberry Cheesecake with Dengkiberry in chunks.

Aku tertarik tengok status Cik Puan XYZ
That is true la.
Adegan keji mengeji dengki mendengki sedang berleluasa---betulke pengunaan perkataan berleluasa di sini?---.
Aku baca status ni kat FB cik Puan XYZ, aku rasa cam tak best.
Aku tak berapa nak tahu sangat cerita ceritinya.
Tapi yg aku pasti, aku pernah antara cerita ceriti itu.
Tak pe, sebab dah terpecah pun tembelang.
Orang dah tahu.
Tak yah aku nak cakap apa pun.
I am a lot of things, but the 2 things was said IS a lie.
Lagipun, orang tahu la, dah sedia maklum.
Mana yang mengeji orang lain kat ko, org tu dijamin seratus peratus mengeji kau jugak kat org lain.

Bab dengki mendengki ni, aku takde la kut dalam kes ni.
Sebab aku takde yg specialnya.
Tak de nak didengkikan.
Aku apa pun tidak.

Tidak keluar umah.
Tidak minum arak.
Tidak berpoya poya.
Tidak semayang.
Tidak bersopan santun.
Tidak peduli.
Tidak berlaki...........erkkkkk...larik topik.
Semua tidak ok?

Yang Cik Puan XYZ kene dengki aku tahu sebab apa.
Takpe la Cik Puan XYZ, kau teruskan saja apa kau buat.
Yang nak mendengki, ha gi la gigihkan usaha kau.
Mungkin esok kau leh jadik lebih hevatttt dari Cik Puan XYZ.
Mana tau kan.
Kut kalau kau berenti mendengki, rezeki kau dibuka seluas luas alam.
Mana kita tahu.

Lagi satu, bab kita nih suka sangat dengar sebelah pihak pun satu.
Alang alang nak tahu sangat, baik dengar both sides.
Sekurang kurangya, kau dapat gak tgk side profile, pandangan tepi, kanan, kiri,atas bawah.
Jangan dengar satu pihak then make assumptions.
Tapi dah lumrah gaknya, kita hanya dengar apa kita hendak dengar jek.
We see only what we want to see and hear only what we want to hear.
Selalunya, kalau kita tak suka orang/ seseorang, apa dia cakap pun kita tetap nampak tak betul
Elok kalau we see it with an open mind.
Prejudice is ignorant la, setannnnnnnnnnnn.

Ni satu yang aku tak berapa gemar, yang perasan nak mampus.
Dia jek best.
Dia jek terer.
Dia jek cantik.
Dia jek yang bestest la.
Dia lah ada daulat.
Tapi kalau org bagik kau sedas dua,kau mengelupur.
You are nobody la.
Sesuka hati jek.
Ingat, jangan pikir orang tak jawab kau sebab takut.

Maybe it mean YOU madafaker, are just not worth the arguement, ok?

Friday, November 5, 2010

Mimpi dan Foto

************************************************************************************** Semalam aku mimpi aarrrr... cam tak best jek mimpi ni. Aku mimpi..isteri kepada jejaka (jejaka ke) yang selalu berchat dengan aku tu marah marah kat aku sebab laki dia dah lalai terhadap tanggunjawab dia. Apa tanggungjawab tu aku tak la pasti, zahirkah, batinkah?? Yelah aku berkawan. And so happen, mamat ni memang best gila chat dengan dia. Isteri dia cakap..jangan main apiii monyet..tatau la kat aku ke kat laki dia. Ko pernah dak mimpi yang cengini? Cuak siotttttttttttttttttttttt... Cik Nana, PGMJ, help??

Aku sampai jek di bumi gersang ni, aku dapat sms dari PH. SMS berbunyik- Jangan main api monyet, kalau ditranslate kan. Lagikkkk aku cuak...:P apakah mereka telah berpakat? Risau aaa..kang aku nyer--------- aku ditarik balik camner?? Kang segala kemudahan dipotong macam mana? Ohhhhh...ini dinamakan mengundang musibah...takutlah.

********************************************************************
Penat la wey...bu balik flt.

Tadi pas abis 2nde service, aku berpoya poya kat belakang dengan kengkawan aku. Since bosan ada lagik sejam lebih nak land, aku pun bawak keluar la camera aku. Kechhhekkk kecheeeekkk bunyi camera tu aku snappy snappy.Aku amik lah gambar cik Kak dengan bakal bakal haji tu semua..:-) Ramai gak yang kompol kat belakang tu nak amik gambar. Hik hik. Geli hati aku tgk. Pastu ada yang siap demand...sini mba, aku donk ama suami.. aku donk ama ibuku. Adeshhhhh....dia hengat aku ni photographer flight ke? Hik hik..

Aku klik aarrr gambar banyak gak...then aku penat lak...satu zone E tu aku nak tangkap. Dah amik tu aku nak hantar kat mana kang gambar gambar tu????
But I did it anyway. Ada satu mamat ni...mula dahhh. ada la rupa sket duk last row. Aku borak borak aaa dengan dia. Dia gi ngan mak dia. Hik...dan hendak dijadikan cerita...dia jek yang ada email address...camner aaahhh....hik hik. Berbulu jek cik Kak dengan aku kat belakang...muahahahhaahahhaha suker tau. Ni yang aku tak suka kerja kabin nih...mulalah aku jual minyak kat situ. Slack sikit aarrr...mamat ni sma tinggi dengan aku. Kalau jantan sama tinggi ngan aku..kira pendek aaarrr...... grrrrrrrrrrrrrrrr*

Abis amik gambar tu semua, aku bukak aarr..camera.Taruk dlm beg aku yg berattt giler tu. Tetiba cik Kak call aku kat aku nyer station. " Datang sini bawak kamera" Apa hal laks... aku dah bukak dah la..payah aarrr nak pasang balik. Meccccikkkkk tau. Aku gi kat belakang. Aku gi jek ada makcik ni tua..dengan muka sedih cakap kat aku.." aku belum difoto lagi mba..." Aduhhhhhh...cemmana ni? Muka kesian giler, siot. Tak sampai lak ati aku..aku kan crew yang perihatin. Muntah ijau dibenarkan, yer. Aku gi arrr amik gambar dia...pastu leh demand lak...''aku mahu foto ama suami" Aku turutkan jugak. Pas tu dia tanya".berapa ongkos nya mba?" Aku terkedu japs. Alahai siannya. pastu dia cakap dia nak aku hantar gambar dia ke rumahnya di NTB...jangan tanya aku mana NTB tu...ada kat belah belah Indonesia sana. Aku geography sangkut dulu. ---semuanya sangkut sebernarnya.---- Aku suh cik Kak amik address dia, dan sekarang aku bagi cik Kak tugas untuk menghantarnya. Keji kan aku nih.

Landing jek tadik..selain dari aku macam ayam kene semelih kat jumpseat. Cisss tidak boleh ditulis denagn lebih detail..kerana mungkin akan menggangu karier....yerr karier ye puan puan.

KAng malam kang aku buat entri lain. Penat lah.

Wednesday, November 3, 2010

Seharum Cinta Remaja.

Aku mintak kat budak yg check in tu, can I have a room on the 16th floor? Nak sama dengan the Other Piah * nama kami sama*. Dia cakap, sebentar bu, saya check dulu. Then kendian, dia purak purak check. Aku dah senyum dah masa tu dengan Other Piah. Aku cam dah tahu dah tektik kotor dia, pasal aku pun salu buat kat passenger. He he he... then dia cakap.. maaf bu, ga ada. Aku cakap ok. See...The idea is dia pepurak check tu pun, aku appreciate. Aku cakap thanks jek dan blah dengan the Other Piah. Nampak gayanya sessi mengumpat malam ni memerlukan aku naik ke 16th floor atau The Other Piah turn ke bilik aku. Malasnyerrrrr.........

The Other Piah dengan aku ni penyakit sama jek... bukan nak amik number bilik crew kalau dah check in.. Dia amik number bilik aku..aku amik nama bilik dia, pas tu terkial kial carik....we shud stop keeping to ourself la Other Piah. Bersosialisasi la sikit. Hik hik.

************************************

The Other Piah ajak gi keluar makan. Aku tak paham napa nak keluar lagik pas room srvice makan nasik dengan ayam goreng yg sangatlah sedap. The Other Piah cakap, kau jangan makan nasik tu.. makan jek lauk dia. Jap lagik nak kuo makan RAWON SETAN. Hik..perangai macam setan elok bebenor la makan nak rawon setan. Menambahkan DNA setan dalam badan aku ni.

Maka naiklah teksi dengan cik kak yang sgt baik dengan aku...dia ajak gi makan boh deriyan...bantai 2 bijik 3 org. Kesian pulak aku masa makan tu abg teksi yg slang jawanya pekat yang amaattttttttzz itu menunggu. Kalau dia hensem sikiiiiiit jek...mesti aku ajak duk sebelah aku jamah sekali. Abang tu berdiri cam pepeluk tiang. Aku nak menyapa dia..takut lak aku pelangkung dengan The Other Piah..dia garang. Diaorang berdua belanja aku. Berebut rebut nak bayar. Korang banyak duit kan. Ni negara dorang, dorang la bayar. Esok masa gi Mesia, aku lak nyer turn. Janganlah ada KL flight lam bulan ni Sengkak perut aku kekenyangan. Tapi tamakkkkkk giler..singgah lak gi beli Rawon Setan yang femes in Jalan Embong Malang. Memang ini tujuan utama keluar di malam hari ini.

Rawon setan ni cam sup daging yg dia rebus dengan buah keluwak...jangan lah suh aku describe natang ni rupa apa..aku pun tatau. Pun jugak, aku takkan google apakah nama scientific dia. Tak hengen aku. Rawon Setan ni makan dengan telur asin. Telur asin tu yang aku nak dengar. Cam berminyak jek bagian yolk dia yang kaler worenjes itu. Aku paksa The Other Piah beli SEPULUH bijik...tamak haloba tak aku??? Terlaluuuuuuuuuu...Sekali lagik adegan berebut rebut nak bayo...nyampah aku keluar dengan popan popan kaya dua orang ni. nak bayar pun nak berebut. bak sini duit tu, aku buat biaya bayar duit aku gi salon esok. Nak creambath dengan pijet sekali,mba. Ngeh ngeh ngeh.....

Balik bilik jek, aku online chat kat FB dengan kawan sekolah aku dulu. Aku tunggu jek dia bukak cerita awek lama dia. Dulu dia buli aku jadik posmen dia.Awek dia budak dorm aku. Awek dia feeling kuat la...kalau aku ingat sekang...aku nak sekeh jek.

Awek dia----> yea yea pakwe hantar surat.
Bukak jek surat, dia baca sesambil kaki terencat terencat..ngeh ngeh ngeh. Goyang kaki siotttt...aku jadik syok pulak nengok. Dia nyer glowing kemain lagik..dapat surat dr pakwe. Mesti surat ada ada I love u...eeeeeeeee..ngeri la @##$^*(.
Pas tu, awek ni panggey aku.." Piah meh sini..." Aku yg tersangatlah inesen nya, masa tu la, gi la menonong..."Piah, wongi dak surat dia ni??" Aku pun ciyom surat tu..wongi siot...Sial jek kan... tulis surat pastu spray minyak wangi murahan dia tu. Mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat, kalau aku ingat kan. Seb baik aku takde resdung. Maunye aku ada resdung tak ke semalam aku bersin dah ciyum minyak wongi yg dispray kat surat tu?

Pastu kan, awek dia balas surat tu. Aku rasalah...aku rasa yer... dia bubuh bedak talkum kat surat tu. Nak bagi wangi nyer pasal. Sure masa mamat tu bukak, berterabur bedak tu atas riba. Imagine la...use ur imagination, bukak jek, selepuk bedak jatuh. Kira nasib baik la, kalau tak bersin kene bedak tu..ishhhhh org zaman itu, nak bagik surat wewangi nak bagi impress. Aku terfikir, perlu ke cemgitu sekali. baik bedak tu pakai bubuh kat badan. Kat leher ke? Hiks... bila peluh jek jadik macam rantai lak kat leher..muahahahahahha..Tu tak kira nak tepuk tepuk bahagian yg terkena tumpah bedak tadik. Siotttt jek...

Kau dulu ada dak uat cemgini Cik Nana Korea? Cakap! Promise to tell the truth, nothing but the truth. the truth is out there- citer The X files

Tuesday, November 2, 2010

Happy Birthday BMG

Oleh kerana kedurjanaan aku yg sikit tidak prihatin...di saat saat kita chat di YM tadik,aku dedicatekan post ni khas untuk kau. Aku buat ucapan semanis mungkin untuk harijadi kau yang ke 39 tahun ini. Kau tentu dah baca,kan ucapan aku yg penuh dengan rasa bersalah kemesraan itu, kau nak buat lelebih kang menimbulkan syak wasangka pulak.

Aku merasa sangat bersalah bila aku nampak di saat detik doblas malam waktu GMT aku, besday reminder telah meremindkan aku bahawasanya, hari ni adalah harijadik kau. Janganlah kau salahkan aku, salahkanlah waktu yang berbeza di bumi Malaysia dan bumi anbia ni. Patut kau cam taknak berenti chat dengan aku. Sekang aku rasa rasa cam kau nak tunggu aku wish kau eh??? Keji sangat aku ni kan?? Maafkan daku wahai BGM yang suatu ketika dulu pernah meruntunkan jiwa jiwa gadis remaja di sekolah. kau kan muka stok hero remaja.

Tapi ok kan..aku bagi kau say hello kat Cik Merah Menyala itu, sigedes yang nak gi flight tetengah malam buta tu. Kau cam gatal gumbira jek tadi masa dia melambai lambaikan tangan kat webcam aku. Anggaplah itu hadiah dari hati yang kejam dan otakku yg tak berapa nak center ni

Happy birthday my dear BMG.

p.s aku ada bubuh gambar kek yang lawa sangat siap dgn ada belon bagai...tapi aku tak paham napa tiap kali aku nak bubuh gambar, blogger.com ni mesti tak kasik. So takde gambar..

Monday, November 1, 2010

Yang aku sayang

I miss you la Pujaan Hati.
Sesak nafas ni weyyyy...Aku belasah aaaa tulis cakap melayu walaupun kau tak paham. Haaa kau rasakan lah... kau hendak sangat memblog dalam bahasa ais kacang kau kan..menyusahkan aku nak google translate.Dulu asyik mengomen bahasa inggeris aku kan??Ni aku tulis dalam bahasa aku. Haaaaa...hambik!!! Aku membalas jugak dalam bahasa aku. Google translate laa. Sebab kau tahu apa maksud sayang kan? Aku bantai la panggey kau mende lain lak..Pujaan Hati, katernyer....hiks. Silakan muntah ijau, cik Nana. Yelah ngah sayang panggey la pujaan hati esok dah tak sayang, panggey la segala apa yg tak sedap didengar. Hik Hik ..aku wanita biasa ok??? Background music, Krisdayanti

Berikut adalah beberapa perbualan yang membuatkan aku memiddle fingerkan dia.

PH- What's wrong?
Aku- I am upset with X x x la... bla blah bla bla bla...(for 4 mins)
PH- Is she pretty?

Aku kasik la middle finger dengan muka kelat yang amat. Sangat la wadafak??? Menggong!!!!!!!!!!!!! Mecikkkkkk sesangat. Sakit nyer ati aku... kau ermmm ermmm jek pun aku tak sakit ati tau. Tadik gatal sangat tanya napa aku upset. Aku dah cakap..kau leh tanya aku dia lawa ke tak?? Sumpah aku tak jeles. Jeles menjeles ni bukan perkara aku. Aku geram sebab kau tak dengar apa aku cakap. Kau buat purak purak dengar pun aku ok. Sebab aku tau sapalah nak dengar aku membebel, kecuali anak badak yang abang belikan di IKEA tu. Tu pun sebab badak tu ada telinger, tapi tak de deria pendengaran.

PH- Where is the ring?
Aku- If u r not wearing mine, remind me again, why I shud be wearing urs?
PH- Why cant u just tell me where did u place it?
Aku- Becoz I want to irritate you? ----> ni aku cakap dalam ati jek.
Aku tak nak pakai tu sebab menyusahkan aku masa aku loading, masa aku tarik cart, tolak cart. Kang aku pakai la balik sayang bila aku jumpa mana aku taruk cincin janji janji manismu itu....eeeeee tu pun nak tarik muka yang aku tak tau nak tafsirkan. Bagilah cincin kawin diamond seketul...sure aku pakai tak lepas. Nak nak yang aku leh buat flashlight bila purser check for 4 mandatory things u must have for flight.

PH- Are u going home for Xmas?
Aku- Yes. Coming?
PH- Do u have toilet? A working one?
Aku --Yes.But no toilet paper. We use woods, in the jungle yang kendian nyer aku iringi dengan middle finger yang sangat lentik walaupun jejariku selentik cheese sausage. Cheebsssssssssss sangats. Napalah kau mencelakakan diri kau, haaa? Pastu aku sambung lagik, 'then we use them wood, after we dry it, to cook'
Now, imagine the horror on his face. Hikkkk puas ati aku....

But for what's it worth, banyak kau sakitkan hati aku, banyak juga kau mengembirakan aku. Yang orang lain tak leh nak lawan adalah satu perkara ni yg kau jek yang ada, you are loyal. Tak la macam Encik 7Dwarfs itu

Aku sayang kamu. * muntah ijau, silakan*

Sunday, October 31, 2010

DO NOT shove your religion down my throat

Aku cam emo sikit pagi ni bangun, bukak computer aarrr terus. Sungguh sungguh tak rugi aku bayar duit internet,kan?? Sangatlah penggunaan yg maksima. Anti sosial, sangat.

Ada org ajak aku join webpage yg memecik agama/org yang mengamalkan agama. Weyyyyyyyyyy..aku tak berminat la nak join mende mende macam tu. Do not shove ur religion down my throat la..
Agama adalah satu perkara yg tidak terungkap. Org A kata agama dia bagus. Org B cakap agama dia bagus. Org C pun join sekali cakap agama dia pun bagus. Kalau dah semua bagus...apa hal lak nak membanding banding?? Semua agama tu bagus. Kau tu yang tak bagus. Kau tu yang tak paham. All religion is asking the followers to do good. Yang menyuruh buat baik sesama manusia. Apa daaaa...it is so basic. Do good. And when u do good, it is becoz u r good, bukan sebab kau nak show kau best. Just do good. Plain and simple. Jangan khianat kat orang, jangan dengki, tolong orang semampu kau, jangan buat fitnah, berkatalah benar, jangan fefeeling sebab agama kau bagus, kau pun bagus. Bukan macam tu yer.. Agama kau bagus,kene ikut ajaran tu, bukan hanya canang agama kau bagus. Tak jalan lah macam tu.

Ni aku baca a few articles, ada group group kat facebook. Benciklah. Kalau kau rasa agama kau best, kau ikut jek peraturan dan ajarannya. Org yang tidak memahami, akan melatah. Jangan. Ada org hina agama si A, A naik hantu maki maki..macam tu ke nak pertahankan agama??? Janganlaaaaaa weyyyyy...kalau org maki maki tak ke kamu sama dengan org yang hina agama kamu tu? Dont stoop that low la. Yes... I admit org maki agama kita, haruslah naik hantu..tapi tak perlu la bersoal jawab. May u know the wicked man and wicked things he does, and not discuss it but to know good man and follow their footsteps.

Sedih pun ada aku tengok perangai memasing. Termasuklah aku sendiri yang tak tentu hala ni. Tapi hal agama memang sensitif. Sapa pun sensitif. Ni sesensitif Miss Pucuk Kelompak pasal pemain team bola sepak pujaan hati dia. Tak leh kutuk tau... mahu ang mendapat jelingan manja ala ala Nyonya Mansur, kalau berani kata team bola lain.

Ada satu kawan aku pi post video youtube budak budak mempersendakan agama, aku tengok dia post tu aku rasa sedih. Satu sebab, budak budak tu memalukan diri sendiri dan agamanya. Kau memain yer budak...kau tahu tak berdosa kau buat cemgitu. Aku setuju budak budak tu dihukum, sebab perbuatan mereka menghina agama org lain itu sama ertinya dengan menghina agama dia sendiri.Pots should not sneer at the blackness of the kettle. And I hope they will be punish severely for what they did. Sebab kedua aku sedih, sebab kawan aku post mende tu kat FB. Bila kamu post mende tu, org yg dlm friendlist kamu akan nampak. Dan akan mengandakan kemarahan yang sudah tersedia ada. Tak baik tau... I can understand why you posted it on your fb, but do u know u will also can lessen the pain and anger by doing damage control dengan menyimpan sajork apa yg org lain post ke wall kamu? Napa tak post video yang berbentuk lebih baik mesejnya dari mengepost yg boleh mendatangkan marah yang amatzzzzzzzzz....??? Napa aaaarrr??? Think la thinkkkkk!

Hypocrisy: The practice of professing beliefs, feelings, or virtues that one does not hold or possess
NO religion condones to any kesialan perangai cheeebssss yg jahat ...........IT IS MAN WHO CUD BE 0F ANY COLOR ,CREED RELIGION OR RACE THAT CHOOSES TO DO SO Full stop.

Kengkawan dalam fb, sila jangan ajak saya join memana page yang anti agama itu, anti agama ini. Saya tidak terlibat dengan mana mana page itu. Kalau ampa nak pi gaduh..ampa pi la. Toksah panggey kami. Kami tak mo...kami penakut.

Thursday, October 28, 2010

Mereka dan keluarga mereka

Lagi dua jam aku nak pick up nak gi Paris. Paris hik..kota cinta. Kota cinta la sangats, setau aku ini kota penuh dengan orang sombong. Org Perancis ni banyak sombong tau. Pasal apa tak tau. Laki kau tak la, kan Cik Mimi. Laki kau very the penyayang, kacak gagah dan mencium molot yang hebats mana tau ni. Orang kata Paris ni kota cinta,kan. But aku rasalah, ni kota penuh dengan org org yg tak gosok gigi. Mulut busuk tau. Bukan jenis yg mulut busuk cam * nama dirahsiakan takut kang kene saman mahkamah yang suka mengadu domba orang ni kedekut, orang ni jahatlah, orang ni nayakan dia lah, orang ni jeleskan dia cantik la, jeleskan kulit dia gebu la.Pastu kantoi. Tak ke nonsense? Sapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka jugak. Ni jenis yang mulut busuk sebab tak gosok gigi. Agak agak kaya dak kalau jadik doktor gigi kat kota Paris tu?

Masa ku pakai kebaya ijau dulu, aku ada gak peperojek kat Paris ni. Bukan projek cam projek abang Soi Lek..tapi projek gi beli LV. Hik hiks. Camner projek LV ni..hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Ohhhh tidak boleh disebutkan di sini. Hiks..

Banyaklah pepekara lagik yang dibuat masa nitestop nih kan. Ada dua kegemaran anak anak kapal masa nite stop, ialah satu, mengosip. So U know, the most powerful force in the universe is Gossip. Aku tak nafikan, aku pun layan gak kekadang. Tapi tak banyak yang suka nak mengossip dengan aku sebab aku selalu bantai. Masa gegossip nih sesambil peluk bantal tu. Anyam ketupat katernyer...ada sekali kat Vienna, masa tengah mengossip tentang seorang crew yang suka mintak panadol kat sigedes. Alasanggg semata..sebab nak break the ice la.. mamat yg digossipkan nih ketuk pintu. Amoi sorang ni leh cakap kekuat..eh Encik *nama ubat* at the door!!! Apalagik ngamuk la Encik ni. Terus dia tefon aku.. kau nganyam ketupat ke Piah?? Sedap ke kuah kacang yg korang buat? Aku terkedu tak tau nak cakap apa. Seb baik masa dorang mengosip itu, aku tak de. Encik ni baik jugak dia. Takde la dia pernah mintak ubat kat aku. Dia tau kut aku mengamalkan perubatan cara kampung jek. Amik kapur sirih buat lukisan gambarajah tang mana yang sakit. Muahahahaha. Motif ---menyantau.

Kedua crew ni sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat cerita hantu. Aku tak tahu la apa lah pekdahnya nak menakutkan diri sendiri dengan cerita cerita hantu ni. Pastu, masa break time, takut nak gi tidur kat crew bunk. Eeeeeeeeeeeeee...geramnya. Kita dari tak takut terus cuak. Setan sungguh! Ni tak termasuk crew yang pakai rambut pelesu, masa nak tidur tu bukak rambut pelesu..tak ke seram dalam samar samar dlm crew bunk tu??? Ada gak yg dlm gelap gelita tu gi pakai telekung, semayang. Yelah kau buat mende baik, kau semayang ok. Bitau la sesiap kau nak semayang kat crew yg tidur. Tak ke menjerit orang yg terbangun tetiba tgk kamu tunggang tungit semayang... eeeeee mocikkkkkkkkkkk tau... Dah terbangun tu, hendak ke mata tidur???? Bila dah time nak terlelap, break time lak dah abis. Mencikkkkkkkkkkkk !

Apakah pekdahnya menakutkan org? Tak paham. Ni kat hotel kat tempat suci di bumi anbia ni.. ada lak cerita ada hantu katernye di hotel. Hensem, kata mereka. Perlu ke nak cerita sebegitu. Kau nampak, kau dendiam lah. Kau gi la tidur di bilik crew sejenis. Kang tidur yg berlainan jenis sesilap kau kene rejam dengan batu pas semayang jemahat di masjid putih tu. Takut lah...

Mak piah nak siap gi kerja dulu..Bonjour!!!

Tuesday, October 26, 2010

Post yg tak lengkap.

Pick up pukul 19 20. Kendian deadhead 40mins ke Madinah. Kapal kecik aku naik tu parking pulak sebelah jumbo aku...sukerrrrr sangats. Dan paling best... tak yah nak naik turun customs/security area. Best giler...kuar satu kapal naik kapal sendiri. Bahagianya.....

Tapi kusangkakan bahagia itu ke take off...rupanya delay pulak....sebab ada satu lampu kecik yg tak tau dr mana yg tak leh nak switch off walaupun satu kapal dah tutup power dia....menda lakkkk..????? mencik lahhhhhh. Aircraft Techician, mekanik, engineer sumer benggang...gara gara lampu sebijik.. uarrrghhhh... tunggu lagik dlm kapal. Masa tunggu tu (aku kerja kat atas ni ari.._)aku nyer flight navigator, tak berenti lak nak bercakap. Kapten sorang ni lak... tak berenti nak makan. Mencikkkkk yang amatzzzzzz....aku layan lah juga sebab geprenn dia kawan aku. Kalau mahu aku sih amik panaskan meals tu sendiri.

Akhirnya take off jugak kita org. Flying time 9 jam 53 menet. Lamanyer...dah berhari hari uk melados kat umah betenet melayari laman itu bagai.

Penat lah weyyy. Esok Mak Piah update yer.

Friday, October 22, 2010

Nak Otograf, pls...

Masa korang sekolah dedulu, ada dak korang buku autograph?

Ada yang pakai buku kulit tebal, pastu balut dengan kertas hadiah, memacam kaler aaa. Ada yang pakai buku diary yang ada wangi wangi tu. Wangi sangats buku autograph dia. Yang ni kalau nak isi kene buh gambar..Ada satu budak pempuan ni cakap kat aku ..wey..kau takleh isi,kalau tak taruk gambar camsiyals sangat. Masa tu gagah tau carik camera. Aku ingat aaa aku gi amik gambar kat depan patung singa yg menyeringai..Punya lah nak bagi effect gambar tu colorful, pose pose ayu la... sangatlah wadafak sebab nak isi autograph org tu. Sekeping gambar cuci masa tu tiga posen. Masa tu ada size kira special aaarrr size 3R. Cumil sangat ..

Masa isi tu, jangan tak tau, mana yang ada sticker buh sticker bagi lawa. Ayooo tu belum tulisan yang sangatlah artistik, sangatlah berseni yer Cik Nana. Kalau isi dengan indahnya tu, buh pulak gambar, ramailah yang akan merequest suh isi autograph dia. Aku tulisan kira cam cantekkk aaaa gak, so selalu la jadik tukang tulis untuk orang. Kene buli tauuuuu....menciiiiiikkkkk. Tapi aku cam pandai sikit, sebab, aku mesti 'pow" la bekal dia. Mana yang ada gi bakar tepi kertas tu, pastu tulis lah kata kata madah berhelah, kan Cik Nana, kan? Mana yang gi keringkan bunga ros pastu tepekkan di page dia. Ada yang nak bagi lain dari yang lain, dia bubuhlah benang sebagai penanda tang mana dia tulis...Dia amik mak dia nyer benang kait cap minlon gak nya. Macam macam warna lak tu..

Tau dak apa yang ditulis selain dari puisi cinta, kata kata hikmah dan ayat ayat cinta itu?? Bab ni, aku dah sengeh aarrrr..

Nama ---Mak Piah Sumi Jelly

Tarikh Lahir----31 Disember---tahun tulis arrrr masa ni sebab semua sebaya...zaman anak dara sunti,kan...

Tempat lahir---atas katil, Sepitar Besar x x x * bingai ke dak??? *

Minuman kegemaran----Teh O Ais ( yang nak best buh la pres oren...cam drama melayu kat tv, asal order jek, air mesti pres oren )

Makanan Kegemaran---Nasi Ayam >>> kalau si PG Merah Jambu, dia buh la Ipoh thick rice noodles with shredded kitchen chicken dia...
Yang bebingai sikit, kunun nak melawak lah, dia buh cenggini, apa saja, tolak besi batu dan kayu, grrrrrrrrrrr!!

Penyanyi kegemaran---Ruhil >> masa tu Ruhil femes. * kawan apa erti kasih...jika kau tersalah pilih, kawan lihat masa depan, masih jauh ke hadapan..kita dibangku sekolah lagik...*Cik Nana, rasanya mungkin dia buh Tommy Page, a shoulder to cry on...eberiwan need a shoulder to cry on.

Filem yang diminati--- Ali Setan. * cerita ini la yang telah mempopularkan dialog yang tak lekang dek hujan ' Tipah tertipu, bang' Sekarang jek dah jadik Tipah Tipu abang...;-)

Adoiiiiii.. banyak lagik la.. aku tak berapa nak hengat. Kalau ada yang ingat silalah meninggalkan komen. PG Merah Jambu, jangan nak tinggalkan komen dalam bahasa cingconfan tu..sekeh jap gik.

P.s------------------ Tapi sekarang seiring berjalanya waktu, semua ini sudah dilupakan. Dan telah digantian dengan Buku Muka. Budak budak baru derejah satu pun dah ada Buku Muka Yang baru lahir pun ada gak yang dah ada, mak apak dialah yang bukak, kan.Yang tak de buku muka takat ni lah yang aku tahu ialah makcik kesayangan Cik Jojo.

Esok Mak Piah meroyan pasal buku muka pulak yer...

Thursday, October 21, 2010

siri meroyan kat passengers part 2

Aku tetap nak meroyan pasal passengers dan toilet.
Selain dari sekios me sekios me terhegeh hegeh nak gi toilet, bila ko kai toilet tu..kau jgn lah percikkan lantai sampai basah. SEBAB---> toilet tu takde pat air turun...dan crew akan kene lap dgn tisu tidak berlogo. Ko pikir la sendiri kan... kalau ko gi kerja pakai mekap Christian Dior, minyak wangi harum semerbak---walaupun pakai yg tester, yasalammmmm sakgi mmg menderu aku kene kat FB ni*, ko kene lak lap walaupun dengan kaki jek..tak ke hangin satu badan.Itu memang la part of crew's duty...but kalau kau ada budi bahasa... mesti kau tak basahkan toilet tu. Toksah la kau maintain lap besen pat basuh tangan tu... tak harap la..tapi PLEASE la jgn basahkan lantai.. dan paling penting DONT DO YOU BUSINESS ON THE TOILET FLOOR. Aiyoooo...kalau ko buat cengitu... dah sah sah toilet tu kene kunci for the whole flight. Kalau macam cik Nana dan cik Jojo, flight sekadar sejam tak ampai dua jam tu tak pe la. Hendaknya dibuat flight dari Mexico ke Seoul..* matilah bercuti ke luar negeri tapi tak reti guna toilet.*.tak mati ker dgn full flight. Think la people, think...
Lagi satu, niiii sila ingat ye...setiap tandas dilengkapi dengan sekurang kurangnya satu tempat buang sampah/tisu itu. Masa kau fefeeling picit jerawat kau dalam toilet kapal tu, bukak mata, carik mana pat buang sampah tu.. dan masukkan dalam pat sampah tu. Jangan buang merata dalam toilet tu. Tisu/ toilet roll tu bukan ada kaki nak jalan masuk lam tong sampah tu, faham?? kalau faham, angguk kepala...* kau angguk ye Yang?? sukerrrrrr..*
Dan satu lagik...pas ko guna toilet tu, sila ingat yer...tolong phelas ---ni sebutan cam mak bonda ajar---jangan tinggalkan bahan bukti. Dan sekali lagi diingatkan air dalam toilet bowl itu adalah recycle. Lebih parah kalau berwarna agak kehijauan.

Euwwwwwwwwwwwww......sangat la suweyyyy.

Ni satu lagik tips untuk passengers, pintu toilet di hampir kesemua kapal adalah dibuka dengan cara menggunakan handle kat pintu tu...dan...kalau tak jumpa handle tu.. cara cara membukak pintu toilet itu ialah dgn menolak pintu toilet itu.. selalunya ada gambar atau perkataan PUSH. Kat kapal, bukan shopping mall atau hotel yer...lalu depan pintu toilet, pintu tu bukak otomatik. Ok???
Dah masuk lam toilet tu, jangan lak lupa konci kan pintu toilet tu. Kang orang terbukak pintu tu...tak sesia ??? haruslah kau terkejut dan yg membukak tu pun terkejut. jeng jeng jeng sangat kan??? kalau muka lawa dan barang elok oklah buat sweet dreams ...hendak nya huduh... tak beautiful nightmare??* ni pinjam senikata lagu kak Beyonce dan ci Jojo yang amat manis..:-) Perlu jugak diingatkan.. bila pintu toilet itu dikonci ...masa tu baru lampu di dalam toilet tu menyala... kalau tak konci..terkebil kebil la duk melakukan sesuatu dalam gelap pastu ada hati nak tulis komplen letter. Sekeh nak?????

Ada org mati dalam toilet

All paxs are required to wear diapers before flight. No toilet provided. Toilets onboard are meant for cabin crew. This new ruling applies to all classes of traveling.Gulf Air nyer crew jumpa passenger mati kat lam toilet kat Manila.

Benggong ke apa aaaa?? Yang ko gi mati kat kapal nyer toilet tu napa?? Nyusahkan tau. Crew yang dapat layover tu oklah... leh duk lama lagik melados kat Manila...yang mana standby kat base, siaplah kau kene call up buat roster yg tersangkut tu. Kapal sah sah kene grounded..sebab airline nak buat penyiasatan ala ala CSI. Crew semua mesti kene soal siasat napa passenger tu mati lak kat kapal.

Supervisor dia mesti kene kaw kaw sebab tak tau kenapakah itu berlaku di flight dia.
Sebab orang nih dah nampak restless masa dia naik kapal..crew dah perasan dah. Jap karang timbul lah speku bagai ...tuduh crew ni tak leh pakai..

Aku nak jawab lah.. sebabnya... Memang crew member responsibilities is mainly safety of all passengers onboard. Tapi kalau itu kalau emergencies cases..contohnya kalau kapal tu ada masalah teknikal.. ada pendaratan kecemasan bagai..ke ada yg nak terberanak---jgn lak Cik Nana bercita cita nak beranak lam kapal terbang---passenger kene stoke ke heart attack ke..,itu crew memang akan bertindak semampu mungkin. Seperti yang diajar oleh abang pendek...*hik ..abg pendek ni ensem tau..walaupun pakai kasut yg ada heels---melalut laks.

Betul..crew kene monitor toilet. Tapi perlukah duduk tepi pintu toilet tu dan mengira berapa lama org gi toilet? Tak perlu kan??? Dan satu kapal ada 16 toilet tau...kalau kapal yg aku kerja yer cik Nana.. kapal yg cik Nana naik tu biasa 4 jek...matilah kapal kecik.

Terkadang aku naik bengis jugak dengan perangai passenger yg perasan diva ni...semua nak salahkan crew..tu lom masuk lagi opis yg duk menaji jek if any happen on board.

Ok ni ari aku nak bebel pasal passengers, dan sewaktu dengannya sila amik perhatian.

Ini dinamakan adab yer...
Masa korang masuk kapal tu, kalau dak mamugari tu greet kau.. kau balas lah boleh dak?? Senyum lah... pernah kah terfikir orang tu manusia jugak..jangan lah kau perasan diva ingat orang tu mesen nak cakap welcome onboard to greet 470 passengers atau kalau kes kapal yg cik Nana naik 140 cengitu lah kut ...dia manusia.. kau tegur lah balik. Jawab salam orang tu. Aku bagi tips yer... kalau kau buat baik masa kau masuk kapal tu, jap lagik sesilap satu beverage cart tu crew bagi kat kau. Dan dia akan berusaha nak bagi kau service yg baik. * sila amik perhatian-----> ini tidak termasuk adegan adegan dalam DVD Pramugara Terlampau yer...atau adegan minyak dak artis Mesia.---* * * cuba lah tgk kat Youtube..hiks.. aku tak leh sebab kat negara arab ni banyak sites yg kene blocked.****

Ini dinamakan adab jugak...
Bila korang nampak stewardess yang lelawa ...kau jangan lah menyiku nyiku laki kau. Tak de nyer stewardess tu terhengen kat laki kau..melainkan kalau akaun kau macam akaun bank laki kak Jijie, abg Bung. Kau nak jejeles pehal... ni satu yang aku terkadang rasa nak pelepuk..kalau laki kau pandang *aku* stewardess tu sebab kau tu yg tak reti nak jaga laki. Adeshhhh... jap lagik lakulah minyak senyonyong kes bini nak 'ikat laki'. Tapi harus kah??? Dan ingat ye pepuan...senyum dan berpura pura melihat passenger itu hanya tanggung jawab----> mati lah tak ikhlas> Kalau laki kau macam laki perempuan yg gedik belakikan dak angkawasan, harus lah kan..tapi boleh kira lah kan. Meh kita lawan gedik..----> yg aku tetiba jeles nih napa?

Ini juga dinamakan adab
Kau leh heret, pikul, gulingkan beg kau dr umah atau dr tapak projek kau...jangan ngada ngada yer..naik kapal terbang suruh crew hangkat beg kau masuk dalam overhead compartment tu. Kau gagahkan tak nak check in beg kau... haaa kau masukkanlah ke ruang penyimpanan diatas itu. Dan penting untuk kau ingat..every compartment has it's weight limits. And it differs from one another. Kalau beg kau berat dlm 45kgs, kalau benda tu jatuh..kene kepala kau, tak pe la...kalau kene passenger yang lain? kalau kene anak orang lain?? Cemana??? Lagi aku naik hantu kalau dia seorang jejaka yg kacak. Seb baik kalau masa aku buat first aid tu mungkin boleh bertukar FB dgn dia... kalau dia tak hensem dan berbau badan yg amat lah kejam?? Tak ke lagi aku naik hantu???

Ini juga adab...
Masa crew offer newspaper...dlm kes kapal terbang yg cik Nana naik, dia org buh depan pintu masa masuk. Kau amik lah newspaper yang ada kat situ. Dan kalau newspaper yang ko nak tu tak de... please la..jangan buat muka tak puas hati kau kat situ. Tu bukan kedai Lim Magazines kat BDC, yang jual segala apa newspaper yang kau nak, menggong. Dan instead of balas greeting crew.. kau mencelakakan diri dengan tanya Suat kabar bulan bintang tak da ka??? Lu punya maka bapak tak dak ajar ka??? Dah tak de kat situ tak de la menggong. Tak mati pun kalau tak baca suat kbr bulan bintang kau tu. Cam celaksss sangat. Takdernyer crew sibuk nak nyorokkan suat kabar tu dlm kain dia. Pun dia tak balut softex dia dgn kertas suat kbr...sebab dia kai tampon...LOL..muahahaha..mati lah aku kene ganyang jap lagik.....

Ini sangat dibencik oleh hampir semua anak kapal
Kau masuk kapal jek...jangan gegatal nak gi toilet. Faham? Masa ko duk jejengah kat boarding gate tu..kau gi la toilet dia. Toilet kat airport tu sepuluh kali la besar dr yg besar dr yang atas kapal. Dan lebih selesa..plus sana ada bidet untuk kau cuci alat alat vital kau. Ni tidak...naik jek kapal tergedik gedik nak gi toilet...hello sekarang aku bagi tau korang.. air kaler biru yg dalam toilet bowl tu air recycle...kalau kau terpercik air tu..suweyyyyyyyyyy tau...cis..!!
Oklah tak bagi kau gi toilet masa boarding tu main atas sebab ni...satu... sebelum passenger masuk..toilet tu kunci sebab crew dah buat security check. Jadi toilet tu kunci. ko nak gi toilet,satu kau dah mengganggu flow of the boarding dengan terhegeh nak gi toilet jam tu jugak...mana yg tengah angkat beg... dengan kau duk sibuk sekios me sekios me nak gi toilet nih... kacau tau.. mencikkkkkkk sangat...

Sakgi aku sambung ya... heheh aku nak bercakap di tefon dengan mak aku di kampung.

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Tetiap tahu ada la tarikh yg best kan.. ? Tahun ni ada dua aku rasa aarr. Satu tarikh seploh ibulan masa bekas kekasih aku Angkasawan itu kawin dgn dak pompuan yg gedik di majlis perkahwinannya tu. Heheheh..Satu lagik hari ni la... doploh ibulan seploh tahun dua ibu sploh ni. Lawa aarrrr number ni.

Aku bukak aarrr fesbuk pepagi ( pagi ke ? )tetengok aaa status orang. Aku rasa cam semacam bila aku baca status dorang... pasal beli nomor ekor. Nombor 2010 dah sold out. Aku tak beli...*erkkk kat sini takde* aku jadik cam kesian lak... korang nih kan..berapa banyak dah abis duit beli nombor ekor. Kau dah abiskan banyak duit main tikam nombor ni>?? Ada ke yg actually dapat duit balik. Ok lah aku pernah aaa beli..sebab family aku dulu ada gak kaki main nombor ekor ni. aku beli 2 kali kalau tak silap. Pastu aku rasa macam berjudi ni tak best. Ke sebab aku nengok cerita GOD of THE GAMBLER citer cina tu aaaa??

Aku rasa macam nak sakit tekak...ok perengan ni dah masuk cerita lain aaarrr..takde cerita lagik pasal tikam nomor ekor tu. Rasa tak sedap sangat kalau nak sakit tekak, sakit tekak dan pastu proses mengeluarkan kahak tu.....

kang sambung eh.. I dont feel good la.. nak gi baring. Kang aku continue ya..

Monday, October 18, 2010

Kawan Aku nak kahwin...

Aku buat flight kemana tah... Aku selalu men sesorok tau buat curtain kat galley tu kekunun aku nyer evening dress.. aku buat la cam kain curtain tu kain aku dan buat aksi Miss Malaysia bila aku jenguk galley. Adalah satu anak cina ni..very senior stewardess....dia duk melekek lekek gelak. Dalam hati dia pikir, macam mana gak nya yg sekor ni leh terlepas jadik crew...Since that flight aku dengan dia jadik kawan baik... sampai lah sekarang... dah berbelas tahun la... long way gak eh.Aku pun dah tukar berapa banyak airlines..dia tetap jugak dengan ailine bertaraf lima bintang tu.

Ari ni..dia kat Istanbul...aku kat umah aaa kat Arab Saudi ni. Dia ala ala private message aku kat FB..suh on YM. tu yg kacau aku ngah tulis post tadi...cissss...hilang kejap aku nyer meroyan dengan orang kat FB tu.

Dia cakap kat aku...dia nak kawin. Aku happy sangatsss....dalam hehappy tu aku suruh aaa dia belikan aku camera DSLR yg selalu buat aku tidur tak lena tu...dia kata ok jek. Baikkkk kan dia? Dia nak datang Jeddah hujung bulan ni...sukerrrrrrrr sangats..
Selain dari kamera tu..aku jugak pesan kat dia beli la bebarang dapur untuk aku. Yang penting aku nak sambal marbeles dari mak dia. Itu harus... kalau dak aku mengaruk lah kat dia. Agaknya dia bukan baik.. tapi malas nak melayan aku yg suka meroyan kat sini dia iyer kan saja...:P Tahu camner aku pujuk dia belikan camera tu... aku cakaplah... kang aku bila dah tak fly lagik... aku jadikkan lah camera tu esok punca rezeki aku. Dan aku leh la amik gambar dia kahwin nanti. Dia pun suka...hehehehheh motif suka tipu dia.

Aku gembira dia nak kawin...dah patut pun kawin dengan boipren dia yg sangatlah pendiam itu...ayooooo mesti best dia kawin kan... leh buat berbagai bagai adegan...leh pilih baju kawin..leh gi food sampling..---nak ikut la yanggg...pls pls....----- make sure ada dimsum boleh dak?? Ada kaki ayam bagai??? sedap tau...dan aku nak duduk dengan org org yg tak makan kaki ayam. Nanti aku dapat portion lebih.. suka.. errrr... ni aku nak cerita pasal dia nak kawin kan... terlebih sudahhhh..hiks.

My dear, aku doakan kau berbahagia dengan perkahwinan ini.-----apa skema sangats nih----ang esok dah kawin harap harap dapatlah Mabel tau.. * Mabel ni nama anak dia ...hik kita org dulu duk meroyan royan pikir lah anak nak buh nama apa kalau ada anak.* Kalau anak lelaki...hheheh tak pikir lagik aaa.. esok esok aku pikirkan, yer Yang....;-)

Haaa... esok masa kau kawin tu.. kata org putih... baling flower bouquet tu.... ang balik kat aku tau... kut aku dpt berkah dan kawin jugak pas tu...

X x x Piah

facebook dan perkara perkaranya

Facebook ni benarlah menghubungkan kengkawan yg dh lama tak jumpa. Yang sekolah rendah, sekolah menengah dan org orang dr masa lampau. Aku jumpa kawan lama aarrr.

Ada satu ni sama sekolah ngan aku masa sekolah rendah. Aku ingat dia ni memang budak pandai. Sekali jek aku kalahkan dia kat sekolah apat nombor satu. Aku ingat mata dia bengkak masa dpt report card dr cikgu masa tu.. Dia kalah dlm satu dua markah aaa masa tu. Aku lak... hehe takde la bangga...cam biasa jek. Aku tak heran pun. Dapat nombor satu pun , family aku tak dulik...* matilah merasa anak terbiar---- that is another story la kan*
Aku add la dia...excited la kan...jumpa kat FB. Aku tanya la..kau ingat aku dak..sama sekolah kat sekolah X X X ...dia jawab tak ingat...ok lah.. tapi cara dia jawab cam sombong sangat....binawe sungguh!!!!! From her photos, I can tell she is someone berpangkat lah kut kat memana institusi.alih alih dia remove aku dr FB... ke aku yg remove dia pastu insiden dia balas dgn cara yg binawe itu??? tah la.. I guess some people just didnt want to be friends... tak pelah...ok jek. Sumpah ekkk esok aku balik Mesia..aku terserempak dgn dia kat shopping mall yg paling best kat bandar K tuh...aku buat nampak...jgn kau ngengada nak tegur aku....faham??? uweksss... motif ke dia nak baca blog aku????*erkkk ada ke sesapa yg baca blog aku selain dr aku sendiri??

Kendian ada gak...kengkawan sekolah yg dulu aku takdelah geng.... aku kan gatal merelaLOVEBIRD kat sekolah...kawan aku hanya lah boifren-cinta pertama aku jek masa kat sekolah... so bebudak lelaki aku takde lah geng sangat. Motif?? setialah sangat. Aku tak reti berkawan sangat sebernarnya...kengkawan nih ok lah..add aku... aku jadik terharu pulak... * motif --- duduk luar negara yg kesepian sangat. Cuaca tak mengizinkan bersosialisasi sangat. Ker aku yg memang kera sumbang????

Ada satu ni dulu baik sangat dengan aku... aku jumpa balik kat FB. Aku sayang dia sangat. Kawan pompuan aku nih...bukan lah tahap ciyum molot macam madonna dgn britney spears la kan.. but she has always been my close friend. Macam dulu jugak dia masa jumpa,kat FB la...dan aku sayang dia jugak sampai sekarang. Baik hati lah dia ni...walaupun dulu ada gak dia bantai aku kalau aku buat silap.Dan yang penting....aku telah dapat gosips gosips dr dia..hehhehe...sukerrrr tau...:P

Kendian.. ada aku jumpa...ermmm...bekas kekasih. Cinta pertama..yg dah menduda. Sapa nak jawab???? muahahah... aku tetaplah gedik. Uweks.. aku terfikir aaa kalau dulu menjadik dengan mamat ni...sah sah aku yg beranak anak dia yg tujuh orang tu...ohhh kuat kah aku nak meneran anak sebanyak itu..?? Mungkin sebab tu kut kami tak de jodoh. Terima gak masa masa indah mengecapi cinta itu...LOL.Haruslah aku berkerja keras nak jadik ibu mithali...yg berjaya mendidik anak anak yg ramai. Motif??? aku adik beradik pun 7 org gak...tapi tu zaman dulu...zaman org memang beranak ramai.Motif kalau berbaik?? Haruskah cinta kembali bertaut??

Hat ni..sesama di bangku sekolah...kes sama aa dengan aku .Tak kekahwin lagik di usia yg agak agak nak masuk tua ini.ehhhh...kang aku sambung balik... ni ada lak org nak ber YM ni..... puas hati ...??? this is what I am writing la when I YM in with u.

Thursday, August 5, 2010

My hair is grey

I would never trade my amazing friends, my wonderful life, my loving family for less gray hair or a flatter belly. As I've aged, I've become kinder to myself, and less critical of myself. I've become my own friend. I don't chide myself for eating that extra cookie, or for not making my bed, I am entitled to a treat, to be messy, to be extravagant.

I have seen too many dear friends leave this world too soon; before they understood the great freedom that comes with aging.

Whose business is it if I choose to read or play on the computer until 7 AM and sleep until noon or the next morning or day? I will dance with myself to those wonderful tunes of Lady Gaga, Beyonce..and wiggle too. And if I, at the same time, wish to weep over a lost love ..... I will.

I know I am sometimes forgetful. But there again, some of life is just as well forgotten. And I eventually remember the important things.

Sure, over the years my heart has been broken. How can your heart not break when you lose a loved one to a bitch/slut, or when a child suffers, but broken hearts are what give us strength and understanding and compassion. A heart never broken is pristine and sterile and will never know the joy of being imperfect.

I am so blessed to have lived long enough to have my hair turning gray I don't colour it, well up to now, and to have my youthful laughs be forever etched into deep grooves on my face.

So many have never laughed, and so many have died before their hair could turn silver.

As you get older, it is easier to be positive. You care less about what other people think. I don't question myself anymore. I've even earned the right to be wrong.

So, to answer your question, I like being old. It has set me free. I like the person I have become. I am not going to live forever, but while I am still here, I will not waste time lamenting what could have been, or worrying about what will be.

U shud, too.

Monday, July 5, 2010